Norma Baharu yang janggal, Masjid tutup Shopping Mall buka

Norma Baharu yang janggal, Masjid tutup Shopping Mall buka

Selagi Masjid tutup dan Shopping Mall buka. Saya percaya selagi tu Covid akan berlaku. Manusia tak percaya kuasa tuhan kerana takut sangat wabak berkembang disebabkan mengerjakan penyembahan kepada tuhan.

Pada waktu yang sama, merasa wabak tidak berjangkit di shopping mall kerana manusia perlu wang untuk hidup. Antara wang dan tuhan siapa pencipta wabak dan siapa pemberi rezeki.

Patut dibuka masjid dengan kawalan. Kerana selalu yang datang masjid orang baik. Mereka ini kalau sakit tak datang. Yang jahat jarang datang masjid. Dengan doa mereka ini mungkin jadi asbab wabak berkurangan. Kerana barakah sebuah negara dibantu dengan doa rakyat yang saleh.

Ulama pun bodoh ikut pemimpin. Cukup kasar dengan orang yang nak pergi sembahyang dikaki lima. Tapi lembut lutut dengan peniaga yang pentingkan wang.

Dah ramai tak sembahyang jumaat. Ulama bisu dan pemimpin politik sudah bertukar berperanan Dajal. Pentingkan kuasa dan bisu untuk agama. Ke mana barakah sebuah negara apabila keyakinan kepada dunia lebih dari akhirat.

Saya bukan bermaksud mahu melawan kuasa pemerintah kesihatan. Tapi layanan double standard mengundang amarah dan insyallah kita berterusan dalam keadaan ini. Padahal, kelonggaran kepada shopping mall, tetapi surau di mall di kawal ketat oleh pengawal. Seperti wabak tu musuhnya adalah rumah tuhan.

Hudud hanya alat. Tetapi Jumaat perkara wajib dijadikan alasan covid. Padahal mall adalah penyumbang besar covid dilihat penting untuk ekonomi. Agama kedua, ekonomi utama. Yang memberi rezeki tuhan, ekonomi hanyalah alat menghasilkan rezeki kepada manusia.

Tahniah Malaysia, sudah menjadi biasa tidak sembahyang jumaat. Dan mall tu lebih penting dari masjid.

Contoh saja yang ni tiada kaitan dengan hidup dan yang mati:

Assalamualaikum wbt

Demikian merupakan surat arahan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor berkaitan pengimarahan Masjid dan Surau Dalam Negeri Johor.

Kesemua daerah dalam Negeri Johor dibenarkan untuk Solat Fardu dan Solat Jumaat 1/3 dari kapasiti masjid surau *kecuali Daerah Batu Pahat*, kebenarannya masih 4 orang untuk solat fardu dan 12 orang untuk solat jumaat.

Sekian untuk perhatian dan tindakan pihak tuan.

Terima kasih

Nilah pula comment jemaah yang hadir:

Panggung Paragon tak de pun mcm ni punya peraturan…. Cuba BP Mall tu 13 org je yg masuk.. Jadah

Sumber :