Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi

Oleh MHDAILY

Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi. Syarikat Fame Up memfailkan Notis Bankrap di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed.

Peguam bagi pihak Fame Up Entertainment, Muhammad Hassanuddin Roslan berkata, notis kebangkrapan itu difailkan pada 15 Ogos lalu bagi menuntut Norjuma membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Jika beliau gagal membayar, pihak kami akan failkan petisyen untuk bankrap ke atasnya,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan usaha untuk menahan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed yang dikenakan waran tangkap oleh mahkamah gagal selepas dia tiada di kediamannya.

Untuk rekod, Fame Up Entertainment memfailkan dua saman fitnah terhadap Norjuma sejak 2019 dan 2020 berkaitan penyebaran fitnah usahawan itu pada syarikat berkenaan sekitar 2018 hingga 2020.

Norjuma terima notis bangkrap, ini perkara sebenar terjadi

BACA:

Laporan dedah kualiti jalan raya Malaysia antara yang terburuk, paling bahaya di dunia

Pengurus Noh Hujan kata artis itu ludah ke pentas, bukan penonton

“Semua malaikat, saya seorang sahaja tidak” – Zul Ariffin