Nikita Mirzani menyatakan dia nak ada pasangan hidup tapi tak mahu berkahwin sebabnya

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pelakon Nikita Mirzani menyatakan dia tidak mahu lagi berkahwin selepas mengalami kegagalan dalam empat perkahwinan sebelumnya.

Nikita, yang berusia 38 tahun, membuat keputusan ini kerana beberapa kali gagal dalam rumah tangga dan terpaksa membesarkan anak-anak sendirian.

Walaupun begitu, Nikita masih ingin mencari pasangan hidup tetapi hanya sebagai peneman tanpa mengikat tali pernikahan.

Dia menyatakan, “Saya tidak mahu berkahwin lagi, kenapa? Kerana saya pernah rasa apa itu perkahwinan

Sekarang yang saya cari adalah pasangan hidup,” semasa ditemu bual dalam podcast Outframe.

Nikita Mirzani menyatakan dia nak ada pasangan hidup tapi tak mahu berkahwin sebabnya

Nikita juga menambah bahawa dia enggan berkahwin kerana melihat banyak hubungan kekasih yang masih berkekalan walaupun tidak terikat dengan perkahwinan.

Menurutnya, perkahwinan hanya merupakan status dan banyak rakan-rakannya yang berkahwin akhirnya bercerai atau menjalin hubungan sulit. Sebaliknya, ramai juga rakan-rakannya yang tidak berkahwin tetapi bertahan lama, sehingga lapan tahun.

Untuk rekod, Nikita sudah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali namun semuanya berakhir dengan penceraian.

Aktres tersebut dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Laura Meizani Nasseru Asry (Lolly), Azka Raqila Ukra, dan Arkana Mawardi.

BACA: “Rupanya selama 5 tahun suami tipu aku, suami kahwin dengan perempuan tua dari seberang, masa aku nak bersalin, dia buat aku meroyan”