Niena Baharun hadiahkan gelang emas kepada pengasuh sebab ikhlas jaga anak. MENDAPAT penjaga merangkap pengasuh yang melayan anak-anak seperti darah daging sendiri sememangnya menjadi dambaan setiap wanita yang bergelar seorang ibu. Bagi pelakon Datin Niena Baharun, ibu muda ini amat bersyukur apabila dikurniakan pengasuh anak-anak yang baik hati serta ikhlas bekerja.
Menerusi hantaran di TikTok, Niena berkongsi video perpisahan dengan pengasuh anak-anaknya yang telah berkhidmat selama beberapa bulan. Paling mengharukan apabila Niena menghadiahkan seutas gelang tangan emas sebagai hadiah kenang-kenangan. Hadiah itu juga sebagai tanda penghargaan Niena kepada penjaga anak-anaknya itu.
Bercerita detik permulaan bertemu dengan wanita yang menjadi pengasuh anak-anaknya, Niena menyatakan Asra Syafikah yang menawarkan diri untuk menjadi pengasuh kerana ingin meringankan beban keluarga.
“Awal tahun hari itu saya mencari penjaga merangkap pengasuh untuk menjaga anak-anak saya selepas pembantu rumah yang lama pulang ke kampung halamannya. Hendak tunggu pembantu rumah yang baru proses kemasukan dibekukan disebabkan Covid-19.
“TAPI SATU HARI ITU, ALLAH TEMUKAN SAYA DENGAN INSAN BERNAMA ASRA SYAFIKAH SECARA TIDAK SENGAJA. DENGAN IZIN ALLAH, ASRA YANG MENAWARKAN DIRI UNTUK BEKERJA SEBAGAI PENGASUH ANAK-ANAK SAYA,” CERITA NIENA.
Sebelum wanita itu memulakan tugasnya sebagai pengasuh, Niena beberapa kali bertanya tentang kesanggupan wanita itu untuk menjaga anak-anaknya. Bukan mudah hendak menjaga kanak-kanak terutama pada usia yang muda ditambah pula melibatkan kanak-kanak yang sedang aktif dan lasak.
“Jawapan dia memang suka kanak-kanak, dan dari sekolah dia sudah biasa menjaga adik-adik sebab adik-beradik dia ada lapan orang. Bila saya dengar ada lapan orang adik-beradik, ketika saya nampak keikhlasan di hati seorang anak dan kakak.
“Dia cakap, dia hendak kerja, hendak tolong ringankan beban mak dan ayah serta adik-beradik. Walaupun awak bekerja dengan saya hanya berapa bulan tapi saya berterima kasih dan sangat menghargai cara awak menjaga dan sayang anak-anak saya,” kata Niena.
Dalam pada itu, pelakon drama Sayangku Kapten Mukhriz terharu dengan Asra yang sanggup mengorbankan masa mudanya demi mencari rezeki.
“HADIAH INI PUN, TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN MASA YANG AWAK KORBANKAN UNTUK MENJAGA KEDUA-DUA ANAK SAYA. DIA BUKAN SAHAJA PENJAGA DAN PENGASUH ANAK-ANAK SAYA TETAPI SAYA ANGGAP DIA SEPERTI KELUARGA SAYA SENDIRI,” JELAS NIENA DALAM NADA TERHARU.
Walaupun hanya kenal dengan Asra selama beberapa bulan namun mereka kerap berkongsi kisah duka bersama. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan namun Niena berharap agar perpisahan itu bukanlah satu pengakhiran.
Niena juga sempat berpesan kepada Asra supaya menjaga ibu bapa dan adik-adiknya serta tidak melupakan mereka sekeluarga.
Untuk rekod, Niena telah mendirikan rumah tangga pada 1 Februari 2018 bersama Datuk Aliff Firdaus Abdul Halim. Hasil perkahwinan tersebut, Niena dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael, berusia empat tahun dan Alyssa Marissa, dua tahun.
Mencari pengasuh anak ini bukanlah kerja mudah yang boleh dipandang remeh. Tidak kira sama ada anda memilih pengasuh persendirian atau taska, ada beberapa kriteria yang mesti anda perhatikan.
@nienabaharun.nb Perpisahan itu ada, agar kita bisa menghargai sebuah pertemuan. 🤍 #simpansinibuatkenangan #fyp #fypシ #foryoupage #tiktokmalaysia #tiktokindonesia ♬ Kenangan Terindah (Piano Version) – Gaius Yeong
BACA:
Mekyun kini hiasi billboard gergasi UTHM, “ini baru betul influencer genius..”
Aksi nenek buat ‘strike’ sambil pakai baju kurung jadi tular
‘Thank You Babi’ – Habis 20K, pemuda teruja dapat kancil wajah baru lepas kena sondol babi