Niat mahu ‘ajar’ peniaga, tindakan individu ini undang pelbagai reaksi

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Ragam pelanggan merupakan satu cabaran utama yang perlu dihadapi oleh peniaga-peniaga.

Ada pelanggan yang datang dengan rasa gembira, tetapi ada juga yang boleh menyebabkan peniaga-peniaga pening kepala.

Baru-baru ini, kisah pelanggan yang kurang sopan terhadap seorang peniaga makanan telah menarik perhatian ramai selepas dikongsi di Facebook.

Niat mahu ‘ajar’ peniaga, tindakan individu ini undang pelbagai reaksi
Melalui gambar yang dimuat naik, kelihatan sisa-sisa mi goreng dan tauge dibiarkan di atas meja di sebuah kedai makan.

Menurut pelanggan tersebut, dia melakukan tindakan itu untuk memberi pengajaran kepada peniaga berkenaan.

“Biasanya saya akan suruh masak semula. Tapi sebab dengan stall makanan tu, bisnes pun sendu pelanggan tiada, ini tanda protes.

“Kau bersihkan meja tu kak, lain kali dengar betul-betul… No taugeh means no tauge.”

“Kau bersihkanlah meja tu kak. Lain kali dengar betul-betul. No tauge means no tauge.

“Dah cakap elok-elok dengan tukang ambil order. Tapi tukang masak pelupa ke tukang ambil order tak dengar.

“Gerai Melayu tak pakai chopstick, sisih guna garpu memang melekat macam ni,” tulis pelanggan itu.

Lelaki pelanggan tersebut berkongsi maklumat melalui kumpulan Facebook sebelum ia dikongsikan oleh halaman JJCM Kedah.

“Buruk perangai. Customer not always right.”

“Budak umur dua tahun pun reti asing tauge elok-elok.”

“Jenis tak ada adab ni,” tulis beberapa netizen di Facebook.

Tetapi, terdapat juga yang memberi sokongan kepada pelanggan tersebut dan berharap peniaga akan lebih peka dalam menyediakan makanan mengikut kehendak yang dinyatakan oleh pelanggan.

“Memang patut, kau rosakkan mood orang nak makan. Sebagai pengajaran, kadang-kadang dia (peniaga) tak nak layan, bukan pelupa.

“Kadang tukang masak ni saja tak nak buat yang customer order. Aku selalu kena. Apabila suruh tukar dia marah, jeling siap perli konon aku cerewet.

“Kadang kita order untuk anak. Tak nak sayur, tak nak pedas. Sekali sampai pedas nak mampus,” ujar netizen.

Baca :Tak sangka burger belalang sangat laku di Arab Saudi, rupanya sebab ini..