Hantaran yang dimuat naik oleh bekas isteri pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie,
iaitu Nina Ismail Sabri, telah menarik perhatian warganet di Instagram (IG).
Dalam hantaran tersebut, Nina berkongsi beberapa gambar keluarganya yang beramah mesra bersama keluarga jejaka pilihannya yang hanya dikenali sebagai Hafiz.
Nampak semua ahli keluarga dalam gambar tersebut berpenampilan serba putih dan kelihatan mesra.
Hantaran tersebut mendapat perhatian netizen dan rakan artis yang lain, dengan ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nina dan Hafiz.
Di ruangan komen, pengikut Nina kelihatan tidak sabar untuk melihat pasangan ini melangsungkan perkahwinan.
Untuk makluman, Jovian dan Nina pernah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013, namun berpisah secara baik pada Ogos tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Jeanelle Nika Mandagie, yang kini berusia enam tahun.
BACA: Berhenti kerja lama walaupun gaji mahal, lelaki menyesal jadi ejen takaful