Netizen puji cara bos Shell ‘backup’ pekerja stesen minyak yang tertidur semasa kerja

Oleh MHDAILY

Netizen puji cara bos Shell ‘backup’ pekerja stesen minyak yang tertidur semasa kerja. Tidak pasti sama ada pengsan atau ‘tidur mati’, baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan beberapa orang pelanggan di stesen minyak Shell cuba menggerak bangun seorang pekerja yang dilihat tidur di dalam kaunter.

Menerusi video yang tular itu, meskipun mereka telah cuba pelbagai cara untuk membangunkan pekerja yang tertidur di dalam kaunter tersebut, usaha mereka nampaknya gagal kerana pekerja itu masih tidak bangun-bangun juga.

“Tolong mak berniaga di pasar”

Tidak pasti apa yang berlaku selepas itu, pengarah syarikat minyak Shell, Shairan Huzani yang juga dikenali sebagai Pakcik Shell telah tampil menjelaskan situasi sebenar di Instagram.

Menurut Pakcik Shell, lelaki yang tular tertidur di dalam kaunter itu bernama Fadzli dan kejadian katanya berlaku ketika pekerja itu bertugas shift malam sekitar jam 3.50 pagi.

Saya mohon maaf kepada pelanggan yang terpaksa menunggu. Tetapi saya tak marah kerana kerana adik Fadzli anak yang baik.

“Pagi-pagi dia tolong mak berniaga di pasar. Itulah hakikat kehidupan yang kita tak nampak. Beliau dihantar untuk pemeriksaan kesihatan dan bos bagi cuti untuk rehat jap.

“Go Fadzli! We are run by hard working Malaysians, for Malaysians!” tulisnya.

Netizen puji cara bos Shell 'backup' pekerja stesen minyak yang tertidur semasa kerja

“Jarang dapat boss boleh toleransi logik akal macam ni”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)

Penjelasan yang diberikan Pakcik Shell tersebut mendapat pujian netizen yang mana merasakan pekerja itu beruntung mendapat majikan yang sangat bertanggungjawab dan memahami masalah pekerja.

BACA:

Lelaki dedah rahsia buat swimming pool di rumah dengan kos murah, jimat duit!

Najib ulangi pendirian pertahan GST, dakwa rakyat lebih senang kalau ada cukai itu

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Leave a Comment