Pelakon terkenal, Fattah Amin, baru-baru ini mencuri perhatian apabila dilihat cuba memujuk seorang
Bekas pekerja produk kambing perap terkenal, Pak Mat Western, yang dikenali sebagai Una, untuk kembali bekerja.
Dalam sebuah video yang dimuat naik, Fattah meninggalkan pesanan khusus untuk Una:
“Una, kalau Una tengok video ini, cuba jawab panggilan saya.
Kalau ada apa-apa tak puas hati, beritahu saya. Kita boleh bincang.
Jangan lupa tengok siaran langsung saya esok.”
Namun, usaha ini mendapat reaksi negatif daripada segelintir netizen, yang menganggap tindakan tersebut sekadar gimik pemasaran murahan.
Lebih panas, ada juga yang membandingkan situasi ini dengan perpisahan Fattah dan bekas isterinya, Nur Fazura.
“Kenapa tak buat benda sama dekat Fazura?” soal seorang netizen, yang mengkritik Fattah kerana tidak mengambil langkah serupa untuk memujuk Fazura dahulu.
Perkara ini mencetuskan perbincangan hangat di media sosial, dengan ramai yang mempertikaikan niat sebenar tindakan Fattah tersebut.