Netizen perasan nampak Che Ta dah makin berusia. Sebut saja nama pelakon cantik Rozita Che Wan, pasti ramai tahu fesyen dan gaya penampilannya sering diperkatakan. Malah ramai wanita diluar sana mengagumi Che Ta yang tetap nampak muda meskipun usia hampir mencecah 50 tahun.
Baru-baru ini, penampilan Che Ta di Kedah Fashion Week 2022 menjadi perhatian apabila ditegur oleh netizen kerana tidak menutup aurat dengan sempurna.
Menerusi satu temu bual bersama Media Hiburan, Che Ta berkata dia mengakui kesilapannya memakai topi namun menampakkan telinganya.
Bagaimanapun, lain pula netizen perasan menerusi video yang dikongsikan di Facebook itu apabila ada yang menegur wajah Che Ta semakin berusia.
Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengatakan wajah pelakon berusia 49 tahun itu sudah mula mempunyai kedutan serta menyamakan seperti nenek.
Bagaimanapun, ramai yang memuji Che Ta tetap kekal cantik meskipun tanpa mekap serta mengatakan isteri kepada Zain Saidin itu tetap menawan meskipun sudah berusia.
BACA:
RXZ Members: Ratusan motor didakwa hilang, ini respon polis
Bumi menuju ke arah kepupusan besar-besaran – Pakar
Lepas niat nak bunuh diri, Aliff Syukri nak jual akaun instagram RM500,000