Netizen perasan Alif Satar nampak ‘struggle’ bercuti luar negara naik train. Bergelar ibu bapa, tentunya pelbagai cara untuk mencipta kenangan bersama dan menguatkan ‘bonding’ dengan anak-anak. Misalnya dengan membawa mereka bercuti.
Alif Satar membawa keluarganya bercuti di luar negara. Percutian bersama isterI. Shadila Halid dan anak-anak, Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad Ali pastinya mengamit kenangan manis.
Hantaran terbarunya menunjukkan pelakon ini bersama keluarga menaiki keretaapi. Menerusi kapsyen ringkas dia menyifatkan ia sebagai percutian adventure buat keluarganya.
Dalam video berkenaan kelihatan Alif dan isteri melayan kerenah anak-anak yang masih kecil. Boleh pening kepala dibuatnya. Biarpun nampak ‘struggle’ menguruskan anak seramai tiga orang, namun dapat diuruskan dengan baik oleh pasangan romantis ini.
Alif juga sempat berkongsi pemandangan indah sepanjangan perjalanan berkenaan dengan gunung ganang dan air sungai.
Nyata mereka sekeluarga kelihatan begitu seronok dengan percutian itu. Seronoknya dapat melihat kehijauan alam semesta.
IKUTI VIDEO PERCUTIAN ALIF DAN KELUARGA
Lihat siaran ini di Instagram
WARGANET TERHIBUR DAN KAGUM
Meninjau di ruangan komen, para peminatnya meluahkan rasa teruja melihat perkongsian Alif. Malah ada yang kagun melihat dia tidak kekok dan kelihatan agak ‘struggle’ melayan anaknya. Antaranya komen warganet adalah seperti berikut.
“Bestnya Alif cuti2 mcm ni enjoyyy… and stay safe.”
“I’m enjoying my UK trip with train…… you can see beautiful scenery….. we travels back and forth whole UK including Scotland.”
“Nampak struggle nye tu tapi view cantek Subhanallah buat tambah semangat with the kiddos “
“Bestnya.! Tumpang happy tumpang tgk nature.”
BACA:
Tular ibu anjur bevday anak bertemakan pemujaan syaitan