Baru-baru ini, satu video yang menjadi tular telah menimbulkan kemarahan di kalangan netizen
kerana ia memaparkan beberapa individu yang sedang berkelah di kawasan kubur.
Melalui video berdurasi 30 saat tersebut, dapat dilihat individu-individu tersebut membentangkan tikar dan memainkan lagu,
seolah-olah mereka sedang berkelah di tepi pantai.
Perkongsian ini menarik perhatian netizen, dan kebanyakan dari mereka mengkritik perbuatan tersebut, berpendapat bahawa individu-individu dalam video tersebut tidak menghormati kawasan kubur.
Netizen kritik individu tiada adab berkelah tepi kubur
Hari tu berkelah kat mall , lepas tu dalam parking kereta, ini paling sadis…berkelah kat kawasan kubur pula……lepas ni apa pula …macam² la diorg ni…🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️ pic.twitter.com/9KkEVTr38Z
— Prince Yoshiro (@Cool_Wannabe82) January 21, 2024
Terdapat beberapa komen yang diterima, antaranya:
“Bodoh jenis apa tak tahu adab kubur!”
“Macam takde tempat lain nak buat macam tu,”
“Tidak boleh kata apa-apa ketika nafsu menguasai minda. Jangan membuang masa menasihati golongan seperti ini.”
Untuk maklumat, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di luar negara dan bukan di Malaysia.
Baca: