Netizen korek video lama ex tunang Zarina Anjoulie, “memang red flag lah macam ni!”Belum pun sebulan mengikat tali pertunangan dengan cinta hati
Zarina Anjoulie sepertinya telah mengesahkan tentang ura-ura kononnya sudah putus. Sedangkan, masing-masing tinggal hanya lagi selangkah sebelum ke alam perkahwinan selain sudah menempah dan buat persiapan majlis bahagia tersebut Mac nanti.
Kalau papa sayang mama, papa tahu nak cari kat mana
Meskipun itu, Anju ada bertegas kepada bekas pasangannya itu untuk tidak menggunakan dirinya sebagai content semata-mata. Jika ada perasaan rindu atau apa-apa yang terbuku,
pelakon wanita berkenaan terbuka untuk berjumpa bila-bila masa sahaja. Dalam pada itu, artis tersebut juga ada memberi gambaran punca semuanya berlaku adalah disebabkan ego.
Perwatakan dan pembawakan diri tak sama dengan visual yang ditunjukkan…Something wrong sangat, sebab red flags dia obvious sangat
Mendengarkan berita tentang hubungan yang ‘tak jadi’ itu, malah ramai pula netizen menyokong keputusan Anju. Jelas mereka, sejak dari awal lagi seolah merasakan sesuatu tidak kena pada sikap lelaki berkenaan.
@hafizan8055 Replying to @NurainZulaika Anju still syg dato. InsyaAllah kita doa yg baik2 @Zarina anjoulie @Khazrul Elzey ♬ original sound – Mr Hafizan
Bukanlah ingin sesuka hati ‘judge‘ namun seakan-akan banyak pula red flag timbul satu persatu, lebih-lebih lagi tentang isu bekas isteri yang pernah viral dulu.
Netizen korek sampai jumpa beberapa video bekas tunang Anju di YouTube
Hasil carian daripada netizen malah akhirnya menemukan beberapa akaun di YouTube yang memaparkan kehidupan peribadi bekas tunang Anju satu ketika dulu.
Malah antara video yang paling latest pula, lelaki tersebut masih menyambut ulang tahun perkahwinan dan bercuti dengan bekas isteri di luar negara tahun lalu.
BACA:
Rupa-rupanya ahli parlimen ini ada 70 orang anak? Berapa orang isteri dia sebenarnya, ini kisahnya..
Pakar bagi 8 tips ini sebelum anda nekad nak beli motosikal terpakai