Netizen kecam signboard highway SUKE macam undang kahwin, “kos habis pergi mana?”. Pada hari Jumaat lalu, Lebuh Raya SUKE sudah mula dibuka kepada para pengguna dan tol diberikan secara percuma selama satu bulan sejak tarikh pembukaan tersebut, dan dua hari selepas itu berlakunya kemalangan pertama gara-gara Myvi meletakkan kenderaan di tepi jalan untuk melihat permandangan.
Baru-baru ini ada beberapa pengguna lebuh raya itu meluahkan rasa tidak puas hati apabila mereka mendapati ada papan tanda susur keluar di atas lebuh raya itu terlalu kecil berbanding papan tanda yang ada di bawahnya.
Menurut pengguna TikTok yang memuat naik rakaman video tersebut, butiran pada papan tanda susur keluar itu hanya boleh ‘dibaca dengan jelas’ apabila pengguna sudah masuk ke dalam antara susur keluar di lorong kiri atau kanan lebuh raya tersebut.
Perkongsian video itu telah menarik perhatian netizen yang rata-rata rasa kurang senang dengan hasil kerja pihak bertanggungjawab. Nyata mereka, perkara tersebut boleh menyebabkan pengguna tersalah arah jalan untuk menuju ke destinasi hendak dituju dan menjadikan perjalanan menjadi lebih jauh daripada sepatutnya.
Tambah netizen lagi, mereka meminta agar orang ramai peka dengan papan tanda itu supaya tidak kelam-kabut membuat keputusan untuk memilih lorong mana yang hendak digunakan.
@bob_yp Punyala kecik signboard #fyp #fypシ #fypシ゚viral #bobyp #teambobyp #fastthrottle #rltracing #mrsbobyp #runner #fypシ ♬ original sound – Bob Yp
Dalam pada itu, ada netizen mendakwa sebelum pengguna sampai di kawasan susur keluar Hulu Langat atau Ampang itu, sudah ada papan tanda besar menunjukkan lorong tersebut menuju ke arah dua-dua lokasi tersebut.
Tambah mereka lagi, papan tanda kecil di bahagian pembahagi susur keluar itu cumalah ‘papan tanda peringatan’ sahaka.
Ada juga netizen berpendapat papan tanda tersebut hanya boleh dibuat dengan saiz tersebut kerana saiz tiang di belakangnya untuk menampung papan tanda itu agak kecil.
@jeppwaksalam Aku pun terkene td..korang tolong hati2 pilih simpang di susur keluar BUKIT AMPANG / LANGAT NI…. SUSUR KIRI ke LANGAT / BUKIT AMPANG.. SUSUR KANAN ke AMPANG / PANDAN INDAH / HOSP AMPANG #SUKE #sukehighway #malaysia #shopee ♬ Pusara Di Lebuhraya – Ekamatra
BACA:
Ferrari perkenal SUV pertamanya, “gigil tengok belakang dia”
Pengguna geram kerajaan bina lebuhraya SUKE tak selesai masalah sesak
Laporan dedah Malaysia negara ke-4 dalam senarai polis paling rasuah