Netizen kecam gurauan kasar Nabil terhadap Mamat Exist, akhirnya Nabil bersuara

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Selepas berlangsungnya konsert Gegar Vaganza All Stars (GV10) minggu pertama, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad ditegur netizen

susulan gurauan mengenai penyanyi Mamat Exist dianggap melampau.

Gurauan itu bermula apabila pengacara gandingan iaitu Elly Mazlein mempersoal keberadaan Mamat dalam GV10 sedangkan seorang lagi vokalis kumpulan itu, Ezad Lazim diundi masuk mengisi kuota hot seat musim ini

Netizen kecam gurauan kasar Nabil terhadap Mamat Exist, akhirnya Nabil bersuara

Tampil memberi respon, Nabil memaklumkan ramai yang salah tafsir mengenai kenyataannya terhadap Mamat.

Katanya, sebagai pengacara dia sentiasa berusaha untuk menghidupkan program popular itu dan memastikan setiap dikongsikan tidak menjatuhkan mana-mana pihak.

“Saya cakap dia berada di tempat tinggi bermaksud dia adalah seorang legend.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Nabilzira (@nabilzira)

“Saya tidak akan bercakap perkara yang akan menjatuhkan air muka seseorang. Mamat adalah seorang legend terkenal dalam dunia seni ini.

“Apa yang anda fikir tidak sama dengan maksud sebenar yang saya cuba sampaikan. Takkanlah dalam program siaran langsung saya nak cakap sesuatu yang boleh menghancurkan karier saya,” ujarnya.

Sedar pernah dikecam sebelum ini gara-gara kurang sensitif ketika mengacarakan program tersebut untuk musim terdahulu, Nabil menyatakan dia kini lebih berhati-hati dan turut dipantau pihak produksi.

Justeru, Nabil berharap pihak luar berhenti mensensasikan kenyataannya terhadap Mamat kerana segala fikiran negatif yang difikirkan adalah tidak tepat.

BACA: “Tiap hari lepas balik kerja, suami terus cari aku, paksa aku layan dia, aku layani nafsu dia, suatu hari terbongkar kenapa tiap petang nak projek dengan aku”