Netizen jadi gerun tengok keadaan terkini bibir DSV. Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sememangnya terkenal dengan gaya memuncungkan bibirnya terutama apabila mempromosikan produk di hadapan kamera. Terbaru, penampilan usahawan berusia 51 tahun itu kembali mencuri tumpuan netizen ketika menghadiri sebuah acara tertutup baru-baru ini.
Menerusi beberapa perkongsian di laman Instagram, ramai pengikut memuji persalinan songket digayakan Vida tetapi lebih tertumpu kepada saiz bibirnya. Menurut segelintir netizen, mereka mendakwa bibir penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu dilihat semakin membesar berbanding bentuk sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, ada individu yang bertanya sekiranya Vida menjalani sebarang prosedur kosmetik bagi mendapatkan bentuk sebegitu. Malah, tidak kurang ada juga memuji penampilannya sewaktu dahulu yang dilihat lebih ayu dan bersifat semula jadi berbanding solekan ditonjolkan pada masa kini.
Apa hukum kalau cucuk ‘filler’? Tak berat ke? Maaf la cakap… Dulu cantik & ayu. Besar-besar nak pergi mana? Terdahulu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman memuat naik sebuah posting mengenang pemergian dua arwah anak lelakinya sebelum netizen menyentuh perbezaan bahagian bibirnya.
Dato’ Sri Vida pernah berkahwin buat kali pertama dengan Mohd Amin Yasin daripada 2000 sehingga 2008. Beliau berkahwin buat kali kedua dengan Tuan Azid Hamzah pada Januari 2014 tetapi perkahwinan mereka hanya bertahan selama 3 bulan. Beliau mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin daripada 2014 sehingga 2017.
Lihat siaran ini di Instagram
BACA:
Zahid-Hadi saling tembak menembak selepas gambar perjumpaan ‘bocor’
Nora Danish sekali lagi buat hidung jejaka berdarah, ‘Tak serik lagi’ – Netizen