Netizen dakwa Shakilla Khoriri ‘main’ dengan suami orang, sekali ini respon tuan badan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pelakon, Shakilla Khoriri tampil bersuara selepas dirinya telah dituduh oleh seorang netizen

Ada yang mendakwa dirinya mempunyai hubungan cinta dengan seorang lelaki yang bertatus suami orang.

“Cantik main suami orang buat apa hahaha.”-komen seorang netizen

Netizen dakwa Shakilla Khoriri 'main' dengan suami orang, sekali ini respon tuan badan

Ajak Bersemuka!

Shakilla, menerusi Insta Stories turut mengajak netizen wanita berkenaan untuk bersemuka dengannya yang akan berada di Terengganu untuk menjalani penggambaran.

“Assalamualaikum sis, esok saya akan ke Terengganu ada shooting dekat sana. Alang-alang jom kita jumpa nak?.”-tulis Shakilla

“Nak Juga Tahu Suami Orang Mana Yang Saya Dah Main Tu Sebab…”

Tambahnya lagi, pelakon drama Suri Hati ini juga mahu mengetahui identiti individu yang dimaksudkan oleh netizen tersebut, malah ahli keluarganya juga telah mula bertanya akan kesahihan dakwaan berkenaan.

“Nak dengar juga cerita i yang you lagi tak tahu. Nak tahu juga suami orang mana yang i dah main tu, sebab mak abah adik kakak i pun tengah tanya i ni.

You nak contact i, kita jumpa sembang atau i suruh orang cari you. Pilih lah. Jumpa you esok malam.”-tulis Shakilla lagi

Sekadar info, Shakilla pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 18 Februari 2018, namun pasangan ini membuat keputusan untuk berpisah pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia.

Malah, Fizi Ali juga telah mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama pilihan hatinya yang dikenali sebagai Siti Zulaikha pada 23 Oktober 2023.

BACa: “Lepas berkahwin, suami menduakan aku dengan bekas kekasihnya, kifarah is real, akhirnya aku diceraikan”