Netizen dakwa ini punca Dr Jezamine minta cerai dengan Harith Iskander

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Dr Jezamine, isteri kepada pelawak terkenal Harith Iskander, dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya

Di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr Jezamine sendiri mengesahkan perkara ini, namun enggan memberikan keterangan lanjut mengenai urusan perceraian yang telah didokumentasikan sekitar bulan Jun lalu.

“Betul saya telah memfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan itu dibuat tapi lebih kurang sebulan lalu,” katanya.

Harith Iskander pula enggan membuat sebarang komen apabila diminta memberikan respons mengenai perkara ini.

Netizen dakwa ini punca Dr Jezamine minta cerai dengan Harith Iskander

“Saya tiada sebarang komen tentang perkara itu,” katanya apabila dihubungi media.

Sebelum ini, Dr Jezamine telah menarik perhatian apabila gambar beliau bersama peguam syarie, Datuk Akberdien Abdul Kadir, di dewan mahkamah tersebar. Beliau kelihatan mengenakan jubah dan bertudung.

Harith dan Jezamine telah bernikah pada 12 Jun 2010 dan dikurniakan tiga orang anak sepanjang perkahwinan mereka.

BACA: “Adik ipar dari neraka, dah kahwin pun susahkan laki aku, anak dia demam pun laki aku kena, mana suami dia?!”