Nenek usia 100 tahun ‘renew’ lesen jadi perhatian orang ramai

Oleh MHDAILY

Nenek usia 100 tahun ‘renew’ lesen jadi perhatian orang ramai. Seorang wanita di Itali memperbaharui lesen memandunya pada usia 100 tahun dan menjadi orang ketiga di negara itu dalam julat umur tersebut yang disahkan berupaya untuk memandu kenderaan, lapor akhbar The Guardian.

Candida Uderzo diberi lesen baharu selepas lulus ujian mata di sebuah sekolah memandu di wilayah Vicenza.

Wanita berusia 100 tahun itu berkata, dia suka berdikari dan tidak mahu memberi tekanan kepada anak lelakinya untuk membawanya ke mana-mana tempat.

“Pembaharuan lesen ini membuatkan saya gembira dan lebih bebas. Saya bernasib baik kerana masih sihat pada usia 100 tahun.

“Saya tidak pernah mengambil ubat, hanya pil tidur sekali-sekala,” kata Uderzo kepada akhbar Corriere della Sera.

Nenek usia 100 tahun 'renew' lesen jadi perhatian orang ramai

Uderzo berkata, penglihatannya sangat baik sehingga dia boleh membaca akhbar tanpa memerlukan kaca mata.

Populasi penduduk dalam lingkungan usia 100 tahun di Itali adalah tertinggi di Eropah dan bilangan orang yang mencapai usia tersebut terus meningkat.

Menurut data yang dikeluarkan pada awal Mei lalu oleh agensi statistik kebangsaan, Istat, Itali adalah negara kepada 20,456 penduduk berumur dalam lingkungan seratus tahun, meningkat daripada 14,456 pada 2019.

Bagaimanapun, tidak dijelaskan bilangan orang dari lingkungan umur tersebut yang masih berupaya memandu.

Lesen untuk penduduk berusia 80-an ke atas akan diperbaharui setiap dua tahun dengan pemandu perlu menyediakan sijil perubatan untuk memastikan mereka sihat dari segi mental dan fizikal.

BACA:

Waspada semua, 2 Sub varian Omicron dikesan di Malaysia

Pas sanggup kalah PRU15, setia bersama Perikatan Nasional

Halang hadir Bon Odori, Sultan Selangor mahu Idris Ahmad hadir sendiri tengok

Leave a Comment