Sebuah kisah menyentuh hati tular di TikTok apabila seorang nenek dilihat setia menunggu di luar dewan peperiksaan sambil membaca Surah Yasin
Dan berzikir, sebagai tanda sokongan penuh kepada cucunya yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Video yang dikongsi oleh @_S@ihsan itu menunjukkan wanita berusia itu duduk sendirian di kerusi luar dewan peperiksaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, Perak,
Dengan penuh khusyuk membaca Surah Yasin dari sebuah buku kecil.
Tindakan tulus nenek ini menarik perhatian ramai dan mengundang pujian, kerana jelas kelihatan kasih sayang serta pengorbanannya untuk memberi semangat kepada cucunya.
Ramai netizen yang tersentuh melihat pengorbanan nenek itu. Seorang pengguna, Nayeilza, menulis, “Mungkin nenek ini yang menjaga dan membesarkan cucunya. Moga nenek sihat selalu dan cucu berjaya cemerlang.”
Iyra pula meluahkan, “Rindunya dekat nenek. Dulu sehari sebelum SPM, telefon nenek minta maaf dan minta restu. Macam-macam nasihat dia bagi, macam baca doa sebelum jawab kertas, tapi sekarang nenek dah tak ada.”
Putri Sufi turut berkongsi pandangan, “Walaupun cucunya tak cemerlang mana nanti, percayalah akhlak cucu tersebut sangat mulia.”
Kasih sayang nenek ini benar-benar menggugah hati, mengingatkan kita betapa besar peranan keluarga dalam memberi sokongan dan semangat kepada orang tersayang.
BACA: Panas!! Hassan Karim dedah sebab kenapa Anwar Ibrahim tak perlu letak jawatan PM