Seorang wanita warga emas dilihat memakai tangkal besi berani di pinggang,
Iac dipercayai untuk melindungi diri daripada gangguan jin dan bahaya.
Menerusi perkongsian Pusat Rawatan Taubah di TikTok, wanita tersebut mengikat tangkal berkenaan di pinggangnya
sebagai ikhtiar untuk menghalau dan menghindari gangguan makhluk halus.
Namun, meskipun telah menggunakan tangkal tersebut, rumah wanita itu masih diganggu dengan penampakan dan bunyi-bunyi menyeramkan yang mengganggu ketenangan mereka sekeluarga.
Selain tangkal besi berani, perawat terdahulu turut memberikan minyak pengasih serta beberapa tangkal lain kepada warga emas itu dengan tujuan yang sama, iaitu untuk perlindungan daripada bahaya.
Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa yang pernah dialami oleh mereka atau keluarga masing-masing.
@pusatrawatanattaubahTangkal yg diikat pada pinggang ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound
“Macam kisah keluarga saya. Pergi jumpa bidan sebab anak asyik menangis. Bidan bagi tangkal untuk dipakai di pinggang anak. Rupanya dalam tangkal itu ada ‘kadam’ bidan. Dia nak buang sedikit demi sedikit. Tak nak ada ‘kadam’ lagi. Tapi kenapa perlu bagi dekat bayi?” kata Riraira.
“Dulu masa saya kecil pernah pakai macam ni. Mak dan ayah pun pernah pakai. Rumah lama tu macam-macam ada. Dengar bunyi main guli, saudara-mara nampak nenek tua duduk di bucu katil, terutama waktu mak saya sakit,” kongsi Azira.
BACA: Teruk dikecam netizen, akhirnya exco Kelantan bersuara kes tarian jolok mata