Nelayan dari Indonesia terkejut dengan penemuan ikan jerung bermata satu
Difahamkan, semasa nelayan terbabit mahu membelah usus haiwan tersebut
Mereka mendapati di dalamnya ada beberapa ekor anak jerung.
Seorang nelayan berkata dia menemui 3 ekor anak jerung dalam perut jerung dewasa namun menyedari seekor anak jerung itu mempunyai mata yang aneh.
Anak jerung yang dikatanya aneh itu berwarna putih dan mempunyai satu mata di tengah-tengah kepala dan sepasang sirip kecil yang baru terbentuk.
Oleh kerana merasa pelik, mereka pun membawa anak jerung itu ke pihak marin untuk pemeriksaan.
Menurut informasi yang diperoleh, anak jerung aneh bermata satu itu sebenarnya mengalami penyakit Cyclopia iaitu kecacatan kelahiran yang menyebabkan embrio membentuk satu mata.
Sebelum ini juga, pernah tular anak jerung yang mempunyai ciri-ciri yang serupa, bermata satu di Mexico
BACA: Begini kehidupan terkini Farid Kamil setelah bercerai dengan Diana Danielle buat ramai teperanjat