Nekad keluar dari zon selesa, Sophia Albarakbah cabar diri lakon babak aksi..

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Seperti yang kita sedia maklum, pelakon cantik Sophia Albarakbah sering memainkan watak gadis lembut dan halus dalam mana-mana skrip yang dilakoninya.

Kini, Sophia atau nama sebenarnya Sophia Koshka akan muncul dalam sebuah filem aksi arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang bertajuk ‘Reeza’.

Sophia mengungkapkan bahawa tiba masanya baginya untuk keluar dari zon selesa dan melangkah lebih jauh dalam bidang lakonan.

Nekad keluar dari zon selesa, Sophia Albarakbah cabar diri lakon babak aksi..

“Saya selalu ditawarkan watak wanita lembut dan ingin keluar dari watak tersebut.

Saya mahu menjadi lebih berbakat dalam bidang lakonan dan mencuba sesuatu yang baru. Walaupun mencabar dengan kesakitan dan keletihan, tetapi saya menikmati melakukannya,” katanya.

Sophia berkongsi pandangan tersebut semasa ditemui di lokasi penggambaran filem di Kawasan Rehat & Rawat Dan Hentian Sebelah Seri Kembangan Soutbound pada hari Ahad.

Selain itu, Sophia juga menyatakan bahawa dia memilih untuk melakukan semua adegan berbahaya dalam filem tersebut tanpa bantuan ‘stuntman’.

“Semasa penggambaran, saya mengalami beberapa kecederaan yang teruk pada tangan dan kaki saya selepas beberapa hari.

Saya mengalami bengkak dan lebam di beberapa bahagian badan saya, tetapi saya okay dengan itu kerana ini merupakan pengalaman yang bermakna bagi saya,” tambahnya.

Sophia turut berkongsi bahawa antara adegan yang mencabar yang dilakoninya sendiri ialah adegan pergaduhan dan melompat ke atas lori yang sedang bergerak.

“Saya sangat menikmati mencuba adegan-adegan tersebut walaupun mencabar,” katanya.

Sebagai makluman, Sophia akan berlakon bersama Alif Satar untuk pertama kali dalam filem tersebut.

BACA: ‘Perlis dah liberal sekarang’, sekali respon Namron buat netizen geli hati