Neelofa nak pindah ke tanah arab bina keluarga di sana, ini respon ibu. “Mama bersyukur sangat-sangat. Ini yang mana saya sering menggalakkan anak-anak saya untuk berhijrah. Malah, saya sendiri kalau diberikan peluang untuk berhijrah”.
Demikian ulas ibu kepada selebriti popular, Noorneelofa iaitu Datin Noor Kartini mengenai hasratnya untuk berhijrah mengikut suami.
Terdahulu, usahawan wanita itu meluahkan hasrat untuk berhijrah ke tanah Arab mengikut suaminya Haris Ismail yang mahu menyambung pelajaran di sana.
Selain mendedahkan anaknya dengan persekitaran di sana, Neelofa, 33, juga mahu belajar bahasa Arab dengan lebih mendalam.
“Sejak dulu lagi, saya memang sering memberi galakan kepada anak-anak untuk berjalan melihat negara orang. Apatah lagi, untuk berpindah ke Tanah Arab.
“Jika bercakap mengenai cucu, takpe… saya boleh melancong untuk melawat cucu,” kata Noor Kartini.
Ibu kepada pengacara popular itu ditemui di majlis Gold Rally Winner Celebration yang bertempat di Colony@Mutiara Damansara, di sini.
Noor Kartini menambah dia turut berbangga dengan pencapaian Business Partner Kucate yang menyahut cabaran Rally for Gold sepanjang Mei lalu.
“Majlis yang istimewa ini adalah cara saya untuk meraikan pencapaian mereka dan juga untuk menyemarakkan semangat serta memberi inspirasi kepada Business Partner Kucate yang lain untuk turut berjaya,” katanya.
Kucate merupakan platform perniagaan yang terbaik untuk menjana pendapatan sampingan mahupun secara tetap.
BACA:
GRO dari Malaysia dedah dapat pulangan lumayan, hampir RM40K sebulan
Nabila Razali belanja pakai baju renang, sekali lain pula mata netizen perasan