Neelofa dipilih jadi model LV – “hebat aura dia, pakai niqob pun jenama mewah pilih!”Sebut saja nama Neelofa, selebriti popular itu tidak perlu diperkenalkan lagi
. Sering menjadi perhatian ramai, Neelofa juga turut menjadi inspirasi ramai wanita diluar sana.
Selepas mengambil keputusan untuk berniqab pada Oktober 2022, rezeki Neelofa tetap mencurah-curah serta turut dilamat jenama fesyen dunia.
Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik gambar dengan kapsyen “When they say “We’ll be with you shortly, madam” @louisvuitton”.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang bangga apabila Neelofa tetap dipilih menjadi model jenama terkenal itu meskipun sudah berniqab.
Malah, ramai yang memuji aura Neelofa meskipun tampil berniqab. Tidak kurang juga, peminat turut memuji Neelofa biarpun tampil bertutup namun tetap bergaya
BACA:
Pemuda lari dari rumah selama 25 tahun sebab takut kena sunat akhirnya pulang
‘Besarnya tikus!’, pelanggan pasaraya terkemuka terkejut tikus sebesar kucing celah sayur