Neelofa dedah sesuatu yang mengejutkan mengenai Bilal. Usahawan terkenal, Noor Neelofa mendedahkan bahawa dirinya mahu putera sulungnya itu mahir dalam pelbagai bahasa. Tiga bahasa yang menjadi pilihannya adalah bahasa Melayu, Inggeris dan juga bahasa Arab.
Komunikasi dalam bahasa Arab
Menerusi laporan Gempak, Neelofa ingin Bilal mempunyai kemahiran bertutur dalam bahasa Arab dan dirinya jugak turut akan berusaha mempelajari bahasa tersebut untuk kemudahan berkomunikasi bersama anaknya.
Saya nak Bilal boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab dan saya nak diri saya juga boleh bercakap bahasa itu. Kalau saya tak tahu bahasa Arab macam mana saya nak berkomunikasi dengan Bilal.
Jadi, saya dah dedahkan Bilal dengan tiga bahasa (Melayu, Inggeris, Arab) sebab saya memang nak dia mahir bahasa-bahasa ini.
Tambah Neelofa, dia menyatakan hasratnya untuk mengambil pendidikan yang mempunyai aliran agama dan bahasa Arab untuk anaknya itu bila sudah tiba waktunya.
Susulan itu, Neelofa juga memberitahu bahawa kemahiran asas berkomunikasi dalam bahasa Arab akan memudahkan urusannya yang di dalam perancangan untuk menetap di luar negara.