Neelofa dedah rahsia mudah tidurkan Bilal, siap bagi teknik.Selebriti dan usahawan berjaya, Noor Neelofa baru-baru ini berkongsi perkembangan anak pertamanya, Muhammad Bilal yang kini usianya genap lima bulan.
Menurut Neelofa, dia bersyukur kerana dalam tempoh berkenaan, Bilal diberikan kesihatan yang baik.
“Sepanjang 5 bulan ni Allah kurniakan Bilal afiah & kesihatan yg baik, syukur. Banyak sangat yang saya belajar dalam tempoh ni, dan banyak yang saya nak improve untuk anak seterusnya dgn izin Allah.
“Saya mmg suka sangat dgn ilmu baru, lagi-lagi bila benda tu memang benda kita minat, dari February hingga Jun ni saya ambil beberapa class untuk upgrade cara menjaga & besarkan anak.
“Mudah mudahan dengan ilmu yang Allah bagi saya faham, anak dapat membesar dengan lebih baik phisically & emotionally,” jelasnya.
Isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi perkara berkenaan menerusi Insta Stories.
Neelofa turut menambah, selepas mengambil beberapa sesi kelas pengurusan anak, dia selepas ini akan mendalami pula soal pemakanan si kecil pula.
“Saya banyak belajar bab breastfeeding dgn @nadmasrom, sampai hari ni masih menyu’su badan walaupun dah mix formula.
“Saya pun sempat belajar dengan @babylanguage puan Uswatun untuk sleep train bilal. Alhamdulillah.
“Sekarang saya tak perlu dukung bilal langsung untuk tidur, letak atas katil tepuk-tepuk sikit, bagi p3luk bantal bus’uk, terus tutup mata masyaAllah.
“Next week saya akan mula private class dengan dr Amalina @amalina_mohd_daud pula insyaAllah. Nak belajar the best method untuk pemakanan anak.
“Supaya anak dapat cukup keperluan nutrien, vitamin, zat segala benda, dan anak senang makan bukan jadi picky eater, tak memilih, boleh makan sendiri dan adventurous bila bab makan,” tulisnya lagi.
Neelofa selamat melahirkan Bilal di sebuah pusat perub4tan di ibu negara pada 29 Januari lalu.
Dia dan PU RIZ berkhwin pada 27 Mac tahun lalu.
BACA:
Alif Syukri bengang soalan Pak Nil padanya terlalu kasar di program TV