Neelofa buka cerita tentang kerja keras suaminya, ‘keluar pagi balik pagi..’ Baru-baru ini perkongsian selebriti popular Neelofa menjadi perhatian apabila menitipkan dedikasi buat suaminya, PU Riz yang bekerja keras serta komited membangunkan bisnes diusahakan mereka.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa berkata suaminya bekerja sehingga lewat pagi untuk memastikan produk keluaran mereka iaitu Innai Nunha berjalan lancar.
“Ni masuk hari ke 11, suami kerja dari pagi sampai lewat pagi, biasa 3 atau 4 pagi baru balik. Hari ni call cakap balik lepas ni, masih di kilang production settlekan macam-macam isu.
“Inilah bab perniagaan yang orang tak nampak, yang orang nampak selalunya end result je, part senang & best je. Kami berniaga bersama dan alhamdulillah saya lebih banyak work form home sambil menjaga anak,” tulisnya.
Neelofa turut mengucapkan terima kasih di atas pengorbanan suaminya itu dan mendoakan semoga usaha dan rezeki diperoleh mereka diberkati Allah.
“Untuk suami tersayang, terima kasih sebab banyak mainkan peranan dalam bab production. You sentiasa buat more than 100% untuk solve any issue, takde yang impossible to you. Semoga Allah berkati setiap usaha you and kita semua.
“Berkati setiap ringgit yang kita peroleh, sentiasa rasa cukup dan bahagia dengan rezeki Allah,” tulisnya.
Dalam entri yang lain, Neelofa ada memuat naik paparan rekod panggilan bersama pasukannya demi memastikan segalanya berjalan dengan baik.
BACA:
Bekas PM Jepun, Shinzo Abe mati ditembak
Dakwaan tak boleh move-on lagi dengan Norman, Abby akhirnya buka mulut