Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya.
MURTABAK sememangnya merupakan menu popular yang dijual di bazar Ramadan.
Sejak 1 Ramadan lalu, ada saja keluhan pengunjung terhadap makanan ini, sama ada ia rentung atau dijual pada harga yang tidak munasabah.
Nasib tak tertelan! Seorang pelanggan temui duit syiling dalam murtabak yang dibelinya
Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang pelanggan yang membeli murtabak di sebuah bazar Raamadan yang tidak dinyatakan lokasi, baru-baru ini.
Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, lelaki itu memuji kesedapan murtabak yang dibelinya itu.
Bagaimanapun dia nyaris tercekik ketika menikmati makanan itu selepas mendakwa terdapat ‘isi’ lain yang keras di dalamnya.
Dua keping duit syiling yang ditemui di dalam murtabak.
“Alhamdulillah, murtabak sedap. Tapi itu la… tak habaq (beritahu) nak bagi baki melalui isi dalam murtabak.
“Mujur tak tercekik… bukan nak cari salah, cuma nak berkongsi cerita,” luahnya di grup Facebook.
“Bukan mengeluh, ini kan saya nak berkongsi. Bukan saya mengeluh tak sedap,” katanya lagi menerusi ruangan komen.
Di ruangan komen, luahan pelanggan berkenaan meraih pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen.
“Beli murtabak, percuma duit. Cash back (pulangan tunai) ni.
Beli murtabak, percuma duit. Cash back (pulangan tunai) ni.
NETIZEN
“Untung la, baki dalam isi, padu.
“Pakej, beli murtabak dapat duit.
“Dapat cabutan bertuah,” demikian antara komen netizen.
Antara komen netizen.
Malah, ada yang mendakwa ia sebagai ‘pelaris’ yang diletakkan di dalam makanan bagi menarik perhatian orang ramai untuk membeli.
“Duit pelaris tu. Bubuh dalam inti,” komen netizen.
Bagaimananapun, menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, meletakkan benda-benda fizikal sebagai pelaris bagi menarik pelanggan serta melariskan perniagaan adalah bertentangan dengan ajaran Islam.
Menurutnya, hal ini kerana pergantungan seseorang akan beralih kepada pelaris, bukannya kepada Allah SWT, ia adalah satu amalan khurafat yang boleh membawa kepada mensyirikkan dan menyekutukan Allah.
“Hindarilah perkara-perkara yang boleh membawa kepada kepercayaan khurafat dan syirik dalam usaha kita mencari rezeki yang berkat.
“Sebaliknya, berusahalah dengan cara yang baik serta lazimi dan amalkanlah ayat-ayat Quran di samping bermohon kepada Allah agar dikurniakan rezeki dan keuntungan yang berganda dalam perniagaan,” jelas Zulkifli lagi.
BACA: Pendapat Azwan Ali terhadap golongan ‘pelangi’ buat ramai terkejut