Nasi lembik sebab terlebih air? Ini cara selamatkan nasi dari membazir hanya guna roti je!.
MEMASAK nasi sering dianggap sebagai tugas mudah, namun masih ada individu yang gagal melakukannya dengan cara yang betul.
Masalah paling biasa berlaku adalah tekstur nasi menjadi lembik seperti bubur kerana salah sukatan air.
Jika berdepan masalah itu, Siti Nor Akma berkata dia akan menggunakan beberapa buku roti kerana sifatnya yang menyerap air.
“Selamat nasi saya lima kilogram (kg) saya tanak untuk kedai semalam. Staf tersalah lebih air, nasi jadi lembik.
“Memang betul-betul berkesan (petua). Saya buka api perlahan je bagi ia panas dan air meresap pada roti. Jangan lupa tutup periuk,” kongsinya di Facebook.
Selain itu, seorang lagi pelayar Facebook, Anis Termizi turut berkongsi petua unik bagi mengelakkan nasi cepat basi.
Ujarnya, periuk nasi yang dibersihkan akan dibakar secara terbalik di atas dapur dan kaedah ini dapat mengelakkan nasi cepat basi.
“Kalau kita rasa masak nasi cepat basi, buat macam ni periuk nasi. Lepas basuh bersih-bersih, letak atas api di dapur jap.
“InsyaAllah lepas tu nasi tak mudah basi. Selalunya saya buat macam ni lepas masak nasi ayam. Sebab kadang-kadang lepas basuh bersih-bersih pun, bau ‘nasi ayam’ tu tak hilang.
“Lepas buat macam ni, memang tahan la nasi. 24 jam confirm tahan. Kalau tak tahan tu maksudnya kena beli periuk baru,” ujarnya berseloroh.