Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat

Oleh MHDAILY

Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat. Sebelum ini, Nas Daily yang merupakan seorang warga Israel dilaporkan telah ‘membeli’ kerakyatan negara Belanda atau negara Caribbean dan kini, kegigihannya mendapatkan pasport itu untuk berkunjung ke Malaysia akhirnya terbayar.

Terbaharu, Nas Daily telah berkongsi di Facebook Story miliknya bahawa dia telah berkunjung ke Malaysia dengan pasport Caribbean untuk ‘day trip’ semalam. Menerusi perkongsiannya itu, dia telah ke Melaka dan menikmati perjalanannya di negara kita.

Bukan itu sahaja, dapat dilihat dia sangat teruja dapat berkunjung ke Malaysia dan berkongsi betapa gembiranya dia apabila akhirnya dapat ke Malaysia dengan menggunakan pasport Caribbean.

Perkongsian Nas Daily turut dikongsikan kembali oleh warga TikTok dan mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen berseloroh mengatakan akhirnya dia lepas ‘mengidam’ untuk masuk ke Malaysia.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan rakyat Malaysia harus tunjuk keunikan dan keharmonian Malaysia kepadanya. Difahamkan, Nas Daily sudah tidak ada di Malaysia dan meneruskan perjalannya ke Dubai pula.

Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat

@sunduvan01fb story nash daily 12 jam di malaysia… dia tak pergi KL ker.?

♬ original sound – putyourcomments

Nas Daily akhirnya lepas masuk Malaysia selepas lama simpan hasrat

BACA:

Aiman Tino dikejarkan ke hospital selepas keadaan makin teruk, ini keadaan terkini penyanyi itu

Nora Danish sekali lagi buat hidung jejaka berdarah, ‘Tak serik lagi’ – Netizen

Zahid-Hadi saling tembak menembak selepas gambar perjumpaan ‘bocor’