Nampak sama tapi sebenarnya berbeza, ini perbezaan marjerin dan mentega

Oleh SURIANI HAMDAN

Marjerin dan mentega, dua bahan yang sering digunakan dalam dunia masakan. Bagi sesiapa yang baru memasuki dunia dapur,

Mungkin ada yang merasa kebingungan atau mengalami kesukaran untuk membezakan antara marjerin dan mentega.

Marjerin diperbuat daripada minyak sayuran, sumber tumbuh-tumbuhan, manakala mentega adalah produk tenusu yang diperoleh dari lemak haiwan.

Nampak sama tapi sebenarnya berbeza, ini perbezaan marjerin dan mentega

Mentega mempunyai warna yang lebih pucat daripada marjerin dan perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia cair pada suhu bilik.

Marjerin, sebaliknya, boleh disimpan di luar tanpa perlu peti ais kerana ia tidak cair pada suhu bilik.

Dari segi masakan, marjerin sesuai untuk membuat biskut, kek, dan kuih tradisional, manakala mentega digunakan dalam hidangan Barat, masakan berkuah seperti udang mentega, sapuan pada roti, dan juga sebagai bahan utama untuk membuat kek dan pastri.

Dari segi nutrisi, kedua-dua bahan ini mempunyai kebaikan dan kelemahan masing-masing, bergantung kepada cara serta jumlah pengambilannya.

Sesetengah marjerin diperkaya dengan phytosterols dan stanols, yang membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh. Namun begitu, ia juga mungkin mengurangkan kolesterol baik. Selain itu, marjerin mengandungi lemak tidak tepu, yang membantu mengurangkan kolesterol jahat dalam tubuh dan berisiko lebih rendah untuk penyakit jantung.

Walau bagaimanapun, proses hidrogenasi dalam pembuatan marjerin menghasilkan lemak trans, yang dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan penyakit kronik lain.

Mentega pula kaya dengan vitamin A, E, K, dan Omega-3. Namun, ia juga mengandungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi, yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung.

Jadi, jika anda memilih marjerin, pastikan untuk memilih jenama yang tidak mengandungi lemak trans atau hanya mengandungi sedikit sahaja. Bagi penggunaan mentega, hadkanlah jumlahnya dalam pemakanan harian anda.

BACA: Perkampungan di Perak ini hampir jadi tercemar dengan radioaktif nuklear macam Chernobyl, Ukraine