Nampak macam tenang, tapi ramai tak tahu kekuatan ombak berbentuk petak ini

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pasti ramai di antara kita yang suka mengagumi keindahan ombak yang menghempas pantai di seluruh dunia.

Pemandangan dan bunyi ombak yang menghala ke tepi pantai memang menakjubkan dan memikat hati.

Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ombak juga boleh membawa risiko kepada kita terutama jika saiznya terlalu besar.

Nampak macam tenang, tapi ramai tak tahu kekuatan ombak berbentuk petak ini

Selain itu, terdapat pelbagai jenis ombak dan salah satunya adalah ombak berbentuk petak yang agak jarang dijumpai.

Ombak berbentuk petak ini dianggap sebagai bahaya dan mempunyai risiko tinggi. Oleh itu, disyorkan untuk mengelakkan aktiviti mandi di pantai apabila fenomena ini berlaku.

Walaupun bentuknya mungkin menarik dan unik untuk diperhatikan, perlu diingat bahawa arus di bawah ombak berbentuk petak ini sangat kuat dan berbahaya.

Ia dikatakan bahaya kerana mampu untuk membalikkan kapal laut besar. Bagaimana ia mampu melakukannya? Kapal laut direka untuk menangani hempasan ombak dari satu arah dan memecahkan ombak di hadapannya.

Walau bagaimanapun, jika ombak datang dari arah yang bertentangan dalam masa yang sama, seperti dalam fenomena ombak berbentuk petak ini, kapal laut besar boleh terbalik.

Ombak berbentuk petak ini dikenali sebagai “cross sea”. Fenomena ini berlaku apabila ombak bertemu dengan ombak yang datang dari arah yang berbeza.

Secara amnya, ia berlaku apabila angin yang kuat bertiup dari satu arah bertembung dengan angin yang sama kuat dari arah yang berlawanan.

Fenomena ini sering berlaku di kawasan perairan di sekitar Pulau Île de Ré di Perancis.

Walaupun fenomena ombak berbentuk petak jarang berlaku, namun jika ia berlaku di kawasan berdekatan, segera tinggalkan tempat tersebut dengan segera.

BACA: “Ikut logik suami, dengan beri izin dia kahwin lagi mungkin dia kembali cinta dan sayang pada aku”