Nampak lebih cantik, Trisha Ooi jawab tuduhan ejas ‘buat muka’.

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

TTrisha Ooi tampil menafikan dakwaan bahawa dia telah melakukan sebarang perubahan pada wajahnya.

Menurut Trisha, atau nama sebenarnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25,

Dia tidak pernah menjalani sebarang prosedur untuk mencantikkan wajahnya.

Sebaliknya, penampilannya adalah hasil teknik solekan.

“Tidak ada yang berubah pada wajah saya. Dahulu, orang kenal saya sebagai Trisha yang lasak dan sering memakai seluar.

Nampak lebih cantik, Trisha Ooi jawab tuduhan ejas ‘buat muka’.

Jadi, apabila menghadiri majlis, kita perlu bersiap dengan solekan dan memakai gaun, walaupun ini kali pertama saya berbuat demikian.

“Saya masih Trisha yang sama. Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki. Tiada apa-apa yang berubah,” katanya kepada mStar.

Trisha turut menegaskan bahawa dia tidak suka mencetuskan kontroversi untuk meraih perhatian. Sebaliknya, dia mahu dikenali kerana bakat lakonannya.

“Bagi saya, saya mahu orang menerima saya kerana lakonan dan bakat saya. Saya ingin dikenali menerusi karya dan hasil kerja saya sahaja. Ini adalah sumber rezeki saya,” ujarnya.

BACA:“Imane Lanura, my future menantu,” Fatin Afeefa berhasrat anak Intan Najuwa jadi menantu