Nama kena blacklist dengan bank, tapi tak pernah berhutang, rupanya ini sebenar yang terjadi ramai pernah terkena

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Pak Tam ingin bertanya satu soalan, pernahkah anda menjadi penjamin untuk sesiapa sebelum ini?

Biasanya, kita hanya menjadi penjamin untuk ahli keluarga atau rakan rapat.

Jika kenalan tidak begitu rapat, menjadi penjamin boleh menjadi sukar. Kita mungkin bimbang dengan risiko yang mungkin berlaku.

Nama kena blacklist dengan bank, tapi tak pernah berhutang, rupanya ini sebenar yang terjadi ramai pernah terkena

Kenapa ada risiko? Siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar hutang jika peminjam tidak dapat melaksanakan? Sudah pasti penjamin yang akan bertanggungjawab untuk melunaskan segala hutang peminjam.

Oleh itu, adalah penting untuk membaca artikel ini terlebih dahulu sebelum bersetuju menjadi penjamin untuk sesiapa pun.

Apa Syarat-syarat Untuk Menjadi Penjamin?

-Berumur 18 tahun ke atas
-Tidak diisytihar muflis
-Waras dan memahami segala dokumen jaminan yang berkaitan
-Bersedia menjadi penjamin tanpa tekanan daripada keluarga atau rakan

Terdapat dua jenis penjamin yang perlu anda ketahui iaitu penjamin sosial dan bukan sosial. Penjamin sosial adalah apabila anda menjadi penjamin untuk tujuan pendidikan, perumahan, dan kenderaan. Manakala pinjaman perniagaan atau sebab-sebab lain dianggap sebagai penjamin bukan sosial.

Hak-hak Sebagai Penjamin

Antara hak-hak penjamin sebelum dan selepas menandatangani perjanjian adalah:

Sebelum menandatangani perjanjian:

-Dapatkan khidmat guaman sebelum menandatangani kontrak
-Mintalah salinan dan fahamkan segala dokumen yang berkaitan termasuk surat atau kontrak jaminan

Selepas menandatangani perjanjian:

-Tanyakan maklumat terkini seperti baki tertunggak akaun peminjam
-Anda boleh meminta peminjam menyelesaikan bayaran dengan cepat agar anda tidak perlu menjadi penjamin dalam jangka masa yang panjang

-Minta peminjam untuk membayar balik jumlah yang anda telah bayar kepada institusi kewangan, jika peminjam tidak dapat menyelesaikan hutang yang dipinjam

Betulkah Jika Peminjam Tidak Melunaskan Hutang, Kita Perlu Bayar?

Ya, itu betul. Namun, tidak semudah yang disangka. Menurut Akta Kebankrapan 1967, banyak penjamin yang dikejar jika peminjam menimbulkan masalah. Tetapi, cara ini juga membawa masalah tersendiri

. Dari tahun 2007 hingga 2014, hampir 7000 penjamin sosial menjadi muflis kerana mereka tidak mampu membayar semula.

Oleh itu, kerajaan membuat pembaharuan pada akta tersebut. Kini, bank akan mencari peminjam dahulu sebelum menuntut penjamin. Sebagai contoh, bank mungkin akan menyita harta peminjam atau menggunakan apa-apa cara untuk menyelesaikan hutang sebelum mengejar penjamin.

Jika bank mengambil tindakan terhadap penjamin, anda perlu mempunyai bukti bahawa bank telah menuntut jumlah yang sama dari peminjam tetapi tidak berjaya.

Apakah Risiko Lain Jika Menjadi Penjamin?

1.Rekod kredit rosak

Rekod kredit anda akan terjejas. Ini berlaku walaupun peminjam membayar tepat pada masanya. Jika bayaran lewat, impaknya akan lebih besar. Rekod kredit yang tidak baik boleh menyukarkan anda untuk mendapatkan pinjaman atau pelaburan di masa depan.

2.Aset boleh disita

Aset anda juga boleh disita dan dikawal oleh Jabatan Insolvensi untuk membayar hutang yang diperlukan.

3.Risiko muflis (penjamin bukan sosial)

Risiko terbesar apabila menjadi penjamin adalah muflis. Apabila kedua-dua pihak tidak dapat membayar semula hutang, itulah jalan yang harus diambil.

Namun, bank perlu menunggu selama enam tahun selepas tarikh tuntutan pertama ke atas penjamin sebelum mengambil tindakan undang-undang, jika jumlah hutang sama atau lebih daripada RM50,000 (Akta Kebankrapan 1967).

Soalan Lazim yang Sering Ditanya

Soalan: Adakah penjamin perlu membayar jika terdapat perubahan dalam jumlah pinjaman (peminjam meminta pinjaman tambahan)?

Jawapan: Tidak. Jumlah yang ditambah perlu ditanggung oleh penjamin yang lain. Jumlah pinjaman adalah berbeza, oleh itu, jaminan baru perlu diberikan. Anda boleh menolak permintaan peminjam untuk menjadi penjamin.

Soalan: Bagaimana jika penjamin ingin menarik diri dari perjanjian secara tiba-tiba?

Jawapan: Ia boleh dilakukan tanpa masalah. Tetapi, perlu mendapatkan kelulusan daripada institusi kewangan. Mereka mungkin bersetuju tanpa syarat atau meminta penjamin yang baru.

Mereka juga boleh bersetuju dengan syarat, seperti peminjam membayar sebahagian atau menyelesaikan hutang pokok.

Soalan: Jika seorang penjamin meninggal dunia, apakah yang akan berlaku?

Jawapan: Ini bergantung kepada jenis jaminan. Jika ia adalah jaminan bersama, tanggungjawab akan dilanjutkan oleh penjamin yang lain. Tetapi, jika ia adalah jaminan bersama dan berasingan, waris penjamin yang meninggal dunia perlu menyelesaikan hutang peminjam.

Fahami dan Semak Kontrak Jaminan Terlebih Dahulu

Selagi anda tidak sepenuhnya faham, jangan tandatangan apa-apa dokumen.

Jika sesiapa memaksa anda untuk menandatangani, jangan terima. Terutamanya jika anda merasa tidak selesa dari awal. Mungkin anda sedar bahawa peminjam ini mungkin tidak mampu membayar balik hutang atau tidak senang untuk berbincang.

Jangan menjadi penjamin tanpa kehendak sendiri dan kemudian berpura-pura tidak tahu. Anda perlu tahu jumlah maksimum yang boleh dijamin, terma dan syarat, dan yang paling penting, anda perlu tahu siapa penjamin yang lain.

BACA” Pembangunan kilang petroleum milik syarikat dari Russia, penduduk kampung ini jadi ‘jutawan segera’