‘Nak tutup malu, tiba-tiba teringat nak buat doa selamat’ – Rita Rudaini sindir siapa tu?

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri yang merupakan pempengaruh kerana secara terbuka

Berkongsi pengalaman mereka ketika ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini.

Menurut Rita, tindakan seperti itu tidak sepatutnya dibanggakan dan dikongsi dengan umum kerana ia berpotensi memberikan pengaruh negatif kepada masyarakat.

“Macam mana nak cakap ya? Jangan jadikan kena gari itu sesuatu yang biasa.

Jika dulu saya jalani penggambaran dan kena gari serta masuk ke bilik hukuman gantung, itu adalah pengalaman peribadi saya.

'Nak tutup malu, tiba-tiba teringat nak buat doa selamat' - Rita Rudaini sindir siapa tu?

“Tak perlu ulas lebih lanjut. Nanti ada yang mungkin tidak dapat berfikir dengan baik dan anggap kena gari dan ditangkap itu sebagai sesuatu yang seronok untuk dicuba sebagai ‘pengalaman’,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Anak Mami Junior menerusi hantaran di Instagram.

Pada masa yang sama, Rita juga menyelar tindakan sesetengah pihak yang menggunakan agama atau aktiviti kebajikan untuk menutup kesilapan mereka.

“Kadang-kadang untuk menutup malu dan kesalahan, mereka mula panjang lebar menerangkan dan tiba-tiba teringat nak buat doa selamat serta berbakti kepada anak-anak yatim.

“Mungkin ia kelihatan baik dan murni. Mulalah mereka menunggang apa sahaja yang boleh. Hati meronta-ronta nak buat sesi siaran langsung, kongsi kalimat suci, dan sebagainya.

“Semua itu hanya untuk menyedapkan dan memuaskan hati sendiri,” ujarnya lagi.

Ibu kepada dua orang anak itu juga menyarankan agar mereka yang telah melakukan kesilapan lebih baik berdiam diri dan menghindari tindakan yang boleh menimbulkan masalah baru.

“Memang susah nak puaskan hati semua orang dan tidak perlu pun. Lebih baik diam supaya tidak timbul isu-isu baru yang boleh menyebabkan kemarahan, rasa jengkel, salah faham, atau masalah lain,” akhirinya

BACA: “Ingatkan kahwin dengan engineer ini abang bolehlah bernafas sikit tapi sama je macam kahwin suri rumah, tak membantu kata mertua”