Nak tahan lelaki warga asing mabuk ceroboh rumah, sampai berdarah kepala 2 polis ini

Oleh MHDAILY

Nak tahan lelaki warga asing mabuk ceroboh rumah, sampai berdarah kepala 2 polis ini. Dua anggota polis cedera ketika cuba menahan seorang lelaki warga Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4, Jalan Kapar dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan rumahnya dimasuki individu tidak dikenali.

Beliau berkata, dua anggota berusia 50-an dan 30-an dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan ke rumah berkenaan melakukan penyiasatan dan melihat seorang lelaki di rumah itu.

“Ketika cubaan menahan suspek, lelaki itu bertindak agresif dan menyerang polis dengan menggunakan batu.

“Susulan itu, seorang daripada anggota lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan ketika menjalankan tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nak tahan lelaki warga asing mabuk ceroboh rumah, sampai berdarah kepala 2 polis ini

Beliau berkata, lelaki warga Sri Lanka berusia 36 tahun itu ditahan dan dipercayai menceroboh rumah berkenaan dalam keadaan mabuk.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama,” katanya.

BACA:

Lelaki dedah cara paling mujarab ugut kawan liat bayar hutang, “hari ni terus dia bayar weh”

Punyai darah ‘unik’, Azhan Rani dedah dah derma darah kali-50

AJK masjid mengamuk marah pelajar isi air dalam botol dikecam, dakwa ini untuk jemaah sahaja