Fabrik berwarna putih yang disimpan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kain berubah warna menjadi kuning.
Tompokan atau kawasan berwarna kuning ini sering kelihatan pada bahagian lipatan kain.
Biasanya, kaedah basuhan biasa tidak mencukupi untuk menghilangkan kesan kuning tersebut.
Oleh itu, teknik khas diperlukan untuk mengembalikan warna putih atau kecerahan asal pakaian.
Salah satu cara paling berkesan adalah dengan menggunakan campuran lima bahan seperti yang dikongsikan oleh Jason Jezi di TikTok.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Ubat gigi
-Baking soda
-Cuka
-Air panas
-Pencuci pakaian
Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Campurkan bahan
Sediakan satu bekas besar dan masukkan ubat gigi, baking soda, serta cuka. Tuangkan air panas dan gaul sehingga semua bahan larut menjadi sebatian.
2. Tambahkan pencuci pakaian
Masukkan pencuci pakaian ke dalam campuran tersebut.
3. Rendam pakaian putih
Letakkan pakaian yang sudah kekuningan ke dalam larutan dan pastikan bahagian kuning terendam sepenuhnya selama 30 minit.
4. Bilas pakaian
Selepas 30 minit, bilas pakaian dengan air bersih.
5. Rendam dalam pelembut pakaian
Disarankan untuk merendam semula pakaian yang sudah bersih ke dalam pelembut pakaian sebelum dijemur untuk melembutkan semula fabrik.
Teknik ini terbukti dapat memanjangkan jangka hayat pakaian putih anda sambil mengekalkan penampilan yang bersih dan cerah.
BACA: Terkejut tahu individu ini beselindung di sebalik Global Ikhwan