Nak sambut merdeka tapi risau jem? Ikut je cara ni, pasti tak hadap jem, yang penting percuma!

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Tanggal 31 Ogos adalah hari yang penuh bersejarah bagi rakyat Malaysia kerana pada tarikh ini negara menyambut Hari Kemerdekaan.

Tahun ini, Putrajaya sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Kemerdekaan peringkat kebangsaan dengan tema “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”.

Antara tarikan utama tahun ini adalah penyertaan 17,262 peserta dari 67 kontinjen, 36 pasukan pancaragam,

534 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 100 haiwan perkhidmatan.

Sebagai anak Malaysia, ramai yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikan acara tahunan ini sambil menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

Nak sambut merdeka tapi risau jem? Ikut je cara ni, pasti tak hadap jem, yang penting percuma!

Tidak dinafikan, lautan manusia pasti akan membanjiri perkarangan Putrajaya, dan puluhan ribu kenderaan akan berada di jalan raya secara serentak, yang boleh menyumbang kepada kesesakan.

Untuk mengurangkan kesesakan pada hari tersebut, perkhidmatan Shuttle Bus percuma akan disediakan semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Menurut Merdeka360, terdapat tiga laluan yang akan digunakan oleh perkhidmatan ini di Putrajaya: Laluan MS01, Laluan MS02, dan Laluan MS03, yang bermula seawal 30 Ogos pada jam 6 petang.

Laluan/Lokasi Pengambilan & Turun

– Laluan MS01: Bermula dari jam 6.00 petang pada 30 Ogos 2024 hingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024. Perhentian bas adalah di Lobi MRT Terminal Putrajaya Sentral (TPS), Presint 7 dan Jalan Tun Razak Presint 2.

– Laluan MS02: Bermula dari jam 4.00 pagi hingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024. Perhentian bas adalah di Level Mezzanine, Lobi Utama Putrajaya International Convention Centre (PICC) Presint 5 dan Jalan P4X Presint 4.

– Laluan MS03: Bermula dari jam 4.00 pagi hingga jam 2.00 petang pada 31 Ogos 2024. Perhentian bas adalah di Taman Botani dan Bulatan Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) Presint 1 serta i-Centre Dataran Putra, Presint 1.

Kekerapan bas adalah setiap 15 minit.

Jalan-Jalan Yang Ditutup

Menurut Bernama, sebanyak 10 jalan utama sekitar Putrajaya akan ditutup bermula dari jam 7 petang sehingga sambutan selesai

. Laluan tersebut termasuk Persiaran Barat dan Lebuh Sentosa (arah Lebuh Saujana), Lebuh Sentosa dan Jalan Presint 8 (arah Lebuh Wawasan), Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah susur ke Laman Perdana, Jalan Presint 18 (arah Lebuh Bestari), Jalan Presint 18, Lebuh Setia dan Lebuh Saujana (arah Jalan Tun Hussein) serta Jalan Presint 5 (arah Lebuh Gemilang Perdana).

Orang ramai diminta merancang perjalanan dengan berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan untuk memastikan trafik lancar dan selamat.

BAca: Elak sekatan pihak berkuasa, tindakan pemandu lori buat 5 kampung terjejas