Koleksi kereta mewah milik Sultan negeri ini dilaporkan bernilai lebih tinggi daripada nilai keseluruhan Manchester United, kelab bola sepak ternama.
Koleksi kereta mewah milik Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dilaporkan bernilai lebih tinggi daripada nilai keseluruhan Manchester United, kelab bola sepak ternama.
Menurut laporan Daily Star, Sultan Hassanal memiliki koleksi kenderaan mewah bernilai empat bilion paun (RM22.57 bilion).
Sultan Hassanal memiliki lebih daripada 600 kereta Rolls Royces, lebih 570 kereta Mercedes-Benz, lebih 450 kereta Ferrari, dan lebih 380 kereta Bentley di dalam garajnya.
Kekayaan bersih Sultan Hassanal diperkirakan sekitar 13 bilion paun (RM73.36 bilion).
Anak sepupu Sultan Hassanal, Faiq Bolkiah, merupakan seorang pemain bola sepak yang dianggap sebagai individu terkaya di dunia.
Sebelum ini, Faiq, 23 tahun, telah bermain untuk pasukan Chelsea dan Leicester City.
Baru-baru ini, beliau menandatangani kontrak dengan kelab bola sepak Chonburi, dan menjadi viral selepas memperlihatkan aksi terbaiknya semasa bermain menentang pasukan Nongbua Pitchaya.