“Nak muntah tengok Mas Idayu ‘berlakon’ merajuk macam ni” – Netizen

Oleh MHDAILY

“Nak muntah tengok Mas Idayu ‘berlakon’ merajuk macam ni” – Netizen. Aksi juri tetap, Mas Idayu yang seolah-olah merajuk dan membisu seketika tetapi kemudian berubah pendirian semasa konsert minggu separuh akhir Famili Duo disifatkan drama memualkan dalam netizen.

Keengganan Mas Idayu memberi komen terhadap peserta pertama, Siti Sisters yang membuat persembahan turut diakui rakan juri, Ajai.

Ajai memaklumkan, Mas Idayu memilih berdiam diri kerana enggan segala komennya disalah anggap.

"Nak muntah tengok Mas Idayu 'berlakon' merajuk macam ni" - Netizen

Tinjauan Kosmo! Online dalam gelanggang Twitter, mendapati rata-rata netizen tidak puas hati dengan sikap tiada berpendirian penyanyi senior itu, selain melabelkan aksi tersebut sebagai terlampau beria-ria.

“Dramalah Mas Idayu ini. Beria sangat.

“Kalau tidak mahu beri komen apa-apa, baik tidak perlu datang dan gantikan tempat tersebut dengan juri jemputan professional yang berpendidikan.

“Tidak perlu beria-ria menangis suruh Mas Idayu komen. Bagus juga senyap begitu, senang buat duit,” demikian ciap netizen dalam Twitter.

“Menyampah pula tengok Famili Duo ini dengan drama. Siti Sisters itu disuruh baca skrip merayu minta Mas Idayu komen,” ciap seorang lagi netizen.

Namun, selepas setiap peserta merayu minta persembahan mereka diberi komen, juri tetap itu akhirnya beralah.

BACA:

‘Besarnya tikus!’, pelanggan pasaraya terkemuka terkejut tikus sebesar kucing celah sayur

Ditanya kenapa tak pakai baju PJ, nak menangis cikgu dengar budak ni jawab