Nak merisik tak bagitau awal, kelam kabut gadis ni capai apa yang ada. Majlis merisik yang kelihatan ringkas dan santai dalam sebuah video tular menimbulkan pelbagai reaksi warganet.
Malah, gadis yang dirisik juga tidak mengenakan busana cantik atau solekan tebal seperti dilakukan kebanyakan wanita sebelum menerima kunjungan rombongan.
Nur Farah Wahila Eddie, 20, menjelaskan dia sebenarnya dimaklumkan mengenai rombongan merisik oleh pihak keluarga lelaki pada saat-saat akhir.
Berkongsi momen manisnya kepada mStar, Faraa berkata majlis merisik yang dibuat secara ringkas itu berlangsung pada 28 Ogos lalu.
“Saya memang tak tahu, dalam diam belah lelaki ada rancang nak merisik. Masa tengah kerja, mama telefon beritahu keluarga belah lelaki nak datang merisik.
“Famili minta apply cuti lebih awal sebab saya kerja kilang makanan tapi syif malam saja. Bila keluarga sendiri bersungguh suruh cuti, nampaklah bahawa mereka (keluarga lelaki dan perempuan) dah berpakat cuma saya je baru tahu.
“Jadi saya apply cuti sehari sebelum majlis untuk rehat dekat rumah di Bahau, Negeri Sembilan. Sehari sebelum majlis, pakwe bawa saya cari cincin dekat kedai emas. Tapi saya tunggu dalam kereta saja. Saya suruh pakwe ukur jari saja dan pergi beli sebab nak rasa special tengok cincin tu masa disarungkan bakal mak mentua,” katanya lagi.
Tiada sebarang pelamin atau hiasan, Faraa bagaimanapun membantu ibunya mengemas rumah seperti yang biasa dilakukan sebelum rombongan merisik tiba jam 3 petang.
Sebelum majlis bermula, ibu Faraa menyediakan hidangan makan petang seperti mi kari, cendawan goreng dan kuih muih bagi meraikan tetamu yang hadir.
Kata Fara yang merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik, walau hanya majlis ringkas dia tetap berasa gementar menanti selama satu jam di dalam bilik sebelum dipanggil keluar oleh kakaknya.
“Kakak ketuk pintu panggil keluar barulah saya munculkan diri dekat ruang tamu. Masa turun tu saya tak perasan pin tudung tercicir. Sebab tu saya kerap betulkan tudung seperti dilihat dalam video.
“Walaupun agak kelam kabut tapi majlis berjalan dengan lancar. Lepas selesai tu rasa gembira, sebak dan bersyukur semuanya selamat. Menggigil juga masa sarung cincin merisik.
Lihat siaran ini di Instagram
Ramai cakap simple sebab mereka anggap saya bertunang. Siap ada yang cakap saya ni bagus sebab tak cerewet.
NUR FARAH WAHILA EDDIE
“Ramai cakap simple sebab mereka anggap saya bertunang. Siap ada yang cakap saya ni bagus sebab tak cerewet. Malah ada yang bandingkan saya dengan orang lain yang ada pelamin, baju mengalahkan pengantin,” jelasnya.
Selepas videonya tular di TikTok, tanpa diduga tangan Faraa juga menjadi perhatian netizen yang dilihat kelihatan kasar sekali gus dianggap seorang yang rajin melakukan kerja-kerja rumah.
Turut menjadi perhatian warga maya dan Faraa sendiri adalah wajah abang-abangnya yang berada di belakang ketika dia disarungkan cincin.
“Saya bukan datang dari keluarga senang. Kami sekeluarga pernah rasa tak ada duit dan tak cukup duit lagi-lagi zaman sekolah. Jadi yang mereka (netizen) puji tangan tu memang betul. Tapi sebelum ni pun ramai kawan tegur tangan saya.
“Memang kalau orang salam saya selalu tegur tangan kasar. Sekarang pula kerja kilang bahagian pembungkusan lagilah teruk. Tapi saya tak kisah sebab itu membuktikan saya dah diajar berdikari sejak kecil.
“Mengenai reaksi abang-abang saya tak sangka pula boleh jadi viral. Rakaman tu pun bakal tunang yang rakam. Bila tengok balik memang tak jangka muka mereka macam tu. Mungkin mereka happy adik bongsu perempuan mereka dah nak jadi hak orang lain,” ujar Faraa.
BACA:
Bekas isteri pakar saham bersuara, ‘aku diam untuk aku bongkar di mahkamah’
“Ini hero sebenar!”, pakcik ni sanggup selam tangki najis baiki saluran tersumbat dipuji