Nak lari hutang, wanita nekad palsukan kematian, sekali ini yang jadi. Gara-gara mahu mengelak daripada membayar hutang, seorang wanita di Indonesia sanggup memalsukan kematiannya sendiri.
Wanita dikenali sebagai L itu dilaporkan berhutang sejumlah wang dengan Maya Gunawan yang perlu dibayar semula pada 20 November lalu.
Daily Star melaporkan L tidak dapat melangsaikan hutangnya mengikut tarikh ditetapkan dan telah meminta tempoh lanjutan sehingga 6 Disember.
Maya bagaimanapun terkejut selepas mengetahui berita ‘kematian’ L melalui anak perempuannya yang dikongsi di Facebook pada 12 Disember lalu.
Menerusi perkongsian itu yang turut disertakan gambar jenazah sudah dikafankan, anak L memaklumkan ibunya maut dalam nahas kereta di sebuah jambatan berhampiran rumah mereka di Medan, Sumatera Utara.
Dia juga mengesahkan jenazah ibunya akan disemadikan sejauh hampir 600 kilometer di Banda Aceh.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, anak perempuannya mendakwa kiriman itu adalah palsu dan ibunya telah menggodam akaun Facebook miliknya untuk mereka cerita kematian tersebut.