Biarpun pernah mencetuskan satu fenomena pada awal 2000 dulu, ada cerita sedih di sebalik kegemilangan penyanyi Najwa Latif ini sebenarnya.
Penyanyi lagu Kosong ini menceritakan bahawa dirinya pernah diperlekehkan oleh orang-orang terdekat dengannya ketika di sekolah.
Jelas Najwa, ada orang pernah melabelkan lagu ciptaannya dan kakaknya itu lagu sampah,
dalam pada itu, Najwa turut menceritakan yang ada cikgu yang anggap dirinya takkan berjaya.
“Jadi bila cikgu dah cakap yang kita takkan berjaya, susah untuk kita nak percaya yang kita akan berjaya. Saya rasa sepanajng 2 tahun saya bersekolah, waktu tingkatan 4 dan tingkatan 5, saya rasa tahun paling teruk.”
Jelas Najwa yang kini sedang fokus dalam pengajiannya, dia pernah rasa seperti mahu berhenti sekolah.
Kadang2 kata2 yg diycapkan tu ibarat pisau,yg mana kesannya akan diingati oleh org tu selamanya. Kesian najwa latif,cikgu yg patut beri sokongan tp cakap mcm tu kat dia. X semua boleh terima kata2 buruk mcm tu pic.twitter.com/Vx49MKUmri
— KnizaM Leo 🇲🇾🔰 (@kroolnizam) February 25, 2024
“Saya sedih bila orang tak percaya pada kebolehan kita dan lebih sedih lagi sebab kita percaya, apa yang orang tu cakap.”
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang bersimpati apabila mendengar luahan Najwa ini dan ada juga yang memberikan sokongan moral buatnya bahkan ada juga yang kongsikan pengalaman lebih kurang sama seperti Najwa pernah lalui.
Tak apa lah, perkara tu pun dah berlalu dan kita boleh nampak yang Najwa ini ada di satu kedudukan yang jauh lebih baik sekarang.