Najib ulangi pendirian pertahan GST, dakwa rakyat lebih senang kalau ada cukai itu

Oleh MHDAILY

Najib ulangi pendirian pertahan GST, dakwa rakyat lebih senang kalau ada cukai itu. Rakyat akan lebih senang hari ini jika GST masih ada,” demikian tegas Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) menyebabkan kerajaan menghadapi penguncupan hasil.

“Hasil mengucup apabila GST dihapuskan. GST ini kita kutip dan kita peroleh masa kita senang. Bila kita susah kita ada duit simpanan dan boleh agihkan kepada rakyat.

“Ini masanya kita nak tolong rakyat. Kalau ada GST saya yakin rakyat Malaysia lebih senang hari ini. Tetapi bila tidak ada malanglah,” katanya pada sesi Debat Perdana bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khamis malam.

‘Cash is king – King itu rakyat’ – Najib

Najib ulangi pendirian pertahan GST, dakwa rakyat lebih senang kalau ada cukai itu

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pekan itu berkata akibat pemansuhan GST, kerajaan perlu memikirkan mekanisme lain termasuk melihat dasar mikro secara keseluruhan.

“Makanya sekarang ini kita kena lihat kepada keseluruhan dasar mikro dan makronya, kestabilan politik serta lain-lain. Pokoknya kita mesti kepada asasnya dan kena buat perancangan yang sebaik-baiknya.

“Pendek kata kita letakkan negara kita atas landasan yang betul,” ujarnya lagi.

BACA:

Siapa yang paling untung dan rugi bila OPR naik? Ini pendedahan pakar

Penjawat awam contoh, 36 tahun berkhidmat tak pernah sekali pun ambil cuti sakit

“Shuib senang buat orang selesa”, Nana bagi ‘hint’?

Leave a Comment