Najib bebas dari tuduhan pinda laporan audit 1MDB sekali ini komen Rosmah Mansor. Keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Najib Razak daripada tuduhan menyalahgunakan kuasa
dan menyebabkan pindaan pada laporan akhir audit 1MDB disifatkan kemenangan buat keluarganya.
Isteri bekas perdana menteri Rosmah Mansor berkata,
keputusan berkenaan juga memulihkan semangat bekas pemimpin Umno itu yang menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
“Syukur Alhamdulilah sebab kes hari ini adalah kemenangan kepada bukan sahaja suami saya tapi juga kepada keluarga kami.
“Sudah tentu, keputusan ini memulihkan semangat dan yang kami nanti bukan sahaja untuk Datuk (Najib) tapi untuk keluarga kami,” katanya kepada media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Rosmah memaklumkan, bekas Ahli Parlimen Pekan itu menyatakan rasa syukur atas keputusan hari ini dan berharap keadaan lebih baik berpihak kepadanya.
Terdahulu Mahkamah Tinggi membebaskan Najib daripada tuduhan berkenaan dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy yang didakwa bersubahat juga dibebaskan.
Hakim Zaini Mazlan mendapati pendakwa raya gagal membuktikan bahawa ada kes prima facie terhadap Najib, bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
BACA:
Akhirnya Shila Amzah dedah kisah sebenar pergolakan rumah tangga ibu bapanya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio