Seperti yang ramai nantikan, laporan awal nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina,
Shah Alam dan mengorbankan 10 individu pada 17 Ogos lalu, telah tersedia di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT).
Laporan tentang insiden membabitkan Beechcraft Premier 1 itu telah dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara
(BSKU) MoT dan dimuat naik pada jam 10 pagi tadi.
Ia mempunyai 26 muka sura yang mengandungi pelbagai aspek termasukah fakta tentang pesawat dan tragedi itu, teknik penyiasat dan hasil siasatan.
Pesawat itu didapati mempunyai sijil kelayakan udara yang sah dan diselenggara dengan baik mengikut peraturan selain mempunyai lesen dan layan untuk melakukan penerbangan.
Tiada bukti ketidaupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan. PIC dilesenkan dan layak untuk penerbangan mengikut peraturan sedia ada.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa kemalangan tersebut tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kemalangan berlaku.