Nad Zainal nekad buat keputusan ini selepas sekian lama, “waktu ni paling sesuai..”. Tinggal beberapa hari saja lagi untuk ke tahun baharu, pelakon Nad Zainal berharap dia akan diberikan kesihatan yang baik dan perancangan 2023 dapat dilaksanakan.
“Saya berharap diberikan kesihatan yang baik… saya ada banyak perancangan nak dibuat untuk tahun 2023. Bukan sekadar berlakon sahaja.
“Jadi, saya harapkan segala perancangan itu dipermudah dan saya berharap selepas ini saya dapat beri lebih tumpuan kepada keluarga saya.
“Insya-Allah jika tiada arah melintang dan kesihatan pun dalam keadaan baik, mungkin dah boleh mula kerja pada bulan Mac,” kata Nad ketika dihubungi Gempak.
Biarpun masih lemah dan termengah-mengah, pelakon Nad Zainal menunaikan janji untuk bersama-sama dengan peminatnya dalam sesi siaran langsung TikTok pada malam Sabtu.
Dalam sesi terbabit, Nad berkongsi keadaannya terkini selain berkongsi momen-momen sepanjang menerima rawatan akibat pendarahan paru-paru selama sebulan. Malah, Nad turut berkongsi reaksi kedua-dua anaknya apabila dibenarkan keluar dari hospital.
“Memang saya nak ambil peluang yang ada ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak… yela, takut selepas ini saya akan kembali sibuk.
“Jadi, waktu berehat ini la sesuai untuk saya luangkan masa dengan keluarga,” ujarnya. Terdahulu, Nad dimasukkan ke Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri, di sini, sejak 20 November lalu akibat jangkltan kuman pada paru-paru.
BACA JUGA :
Lipas mati duduk dalam telinga gadis ni buat netizen nak muntah
Dakwaan sengaja bakar sebab nak insurans, ini respon bos Jakel
“Maduku adalah adik aku sendiri, tak sangka suami buat kejutan macam ni”