Nachos cheese viral, ikut je resipi ini pasti boleh buat dirumah sedap macam beli!

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Malaysia memang terkenal sebagai syurga makanan.

Apa saja menu yang viral dari luar negara, pasti jadi rebutan ramai.

Salah satu menu yang sedang popular sekarang ialah Nachos Cheese

gabungan kerepek nachos rangup dengan daging cincang, sayur-sayuran, dan dua sos istimewa.

Walaupun sudah lama terkenal di Amerika, bila menu ini sampai ke Malaysia, terus mendapat perhatian ramai!

Nachos cheese viral, ikut je resipi ini pasti boleh buat dirumah sedap macam beli!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cuba buat sendiri Nachos Cheese di rumah dengan resipi mudah ini!

Resipi Nachos Cheese Viral

Bahan-Bahan Inti:

– 500g daging kisar
– 3 ulas bawang putih (cincang)
– 2 sudu besar serbuk lada hitam
– Garam dan gula secukupnya

Cara-Cara Buat Inti:

1. Panaskan kuali dan goreng daging kisar tanpa minyak.
2. Masukkan bawang putih dan tumis sehingga daging masak sepenuhnya.
3. Setelah masak, ketepikan.

Bahan-Bahan Sos Hijau:

– 1/2 cawan mayonis
– 3/4 biji cili hijau
– 1 biji lemon atau limau nipis (perah jusnya)
– Daun ketumbar secukupnya
– Sedikit air untuk mengisar

Cara Buat Sos Hijau:

1. Satukan semua bahan dalam pengisar.
2. Kisar hingga hancur dan sebati.

Bahan-Bahan Sos Putih:

– 3 ulas bawang putih
– 1 sudu besar lada hitam halus
– 1 sudu besar yogurt
– 1 sudu besar cream cheese
– 1/2 cawan mayonis
– Daun parsley
– Garam dan gula secukup rasa
– Sedikit air untuk mengisar

Cara Buat Sos Putih:

1. Campurkan semua bahan dalam mangkuk.
2. Gaul rata sehingga sebati.

Bahan-Bahan Hiasan:

– 1 biji tomato (dipotong dadu)
– 1 biji bawang merah (dipotong dadu)
– 1 biji lada benggala pelbagai warna (dipotong dadu)
– Daun ketumbar secukupnya

Cara Penyediaan Nachos Cheese:

1. Ambil kerepek nachos pilihan anda dan letakkan di atas pinggan.
2. Taburkan daging cincang yang telah dimasak bersama bahan-bahan hiasan.
3. Siramkan sos cheese, sos putih, dan sos hijau di atasnya.
4. Gaul semua bahan sebelum dinikmati.

Nachos Cheese buatan sendiri siap untuk dihidang! Selamat mencuba!

BACA: “Stress murid lebih penting. Diambil maklum” Kementerian Pendidikan abai kesihatan mental guru?