Nabila Razali belanja pakai baju renang, sekali lain pula mata netizen perasan. Beberapa hari yang lalu, perkongsian penyanyi Nabila Razali mengenai percutiannya di Pulau Redang menjadi bualan warganet.
Menerusi gambar yang dimuat naik di laman Instagram, dilihat Nabila berkongsi momen menikmati air laut di sebuah resort mewah di pulau tersebut.
Pun begitu, pakaian renang yang dipakai oleh selebriti itu dikritik ramai kerana dikatakan agak ketat dan menonjolkan bentuk badannya.
Ibu Nabila tiada masalah sebab material tebal
Sedar menerima banyak teguran dan kritikan, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali memberitahu dia bertanyakan kepada ibunya mengenai hal tersebut.
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, ibunya mengatakan tiada masalah sekiranya gambar tersebut dikongsikan di media sosial kerana ia adalah baju mandi dan memang sesuai untuk melakukan aktiviti berenang.
Jelasnya lagi, material pakaian renang tersebut sudah cukup tebal dan tidak keterlaluan.
“Material baju tersebut cukup tebal dan tidaklah menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya,”katanya.
Tiada sebab padam gambar
Diminta oleh warganet untuk memadam gambar yang dikongsikan itu, Nabila mengatakan dia tiada sebab untuk berbuat sedemikian, melainkan disuruh olehh ibunya atau ahli keluarga.
“Jika ibu atau ahli keluarga lain rasakan penampilan tersebut tidak sesuai, saya akan padamkan daripada media sosial.”jelas pelatun lagu Pematah Hati itu.
Nabila terima teguran ramai
Katanya lagi, dia sudah lali menerima teguran sebegitu dan menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar akan lumrah sebagai seorang artis yang seringkali menjadi perhatian ramai.
Pada masa yang sama Nabila berterima kasih kepada semua kerana menegurnya dan mengatakan dirinya akan berusaha untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.
“Saya terima teguran dengan hati terbuka. Kalau perkara itu salah, ia tetap salah.
“Doakan yang terbaik buat saya,”ujarnya.
Akan tetapi, Nabila meminta jasa baik warganet supaya berhati-hati dalam meninggalkan komen dan tidak mengusik ahli keluarganya.
“Bagaimanapun, jika mahu menegur saya, berhati-hatilah dengan perkataan yang digunakan.
“Jangan sampai mengusik ahli keluarga saya kerana ia sudah melampaui batas,”pintanya.
BACA:
Wajah kacak penjaga gol Malaysia pula jadi perhatian, “merenyam dah semua gadis..”
Mahkamah isytihar bankrap terhadap sekutu Jho Low
Isteri Caprice ‘suka’ dikecam, jualan produk dan pengikut akan meningkat