Nabila Huda mengamuk dengan netizen suka rakam tanpa izin. Pelakon Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil menerusi satu hantaran di Instagram (IG) miliknya, menegur segelintir netizen yang gemar merakam sesuatu insiden dengan bertujuan untuk ‘viral’.
‘Zaman media sosial sebenarnya bahaya’
Menerusi perkongsian itu, Abil memuat naik tweet miliknya sendiri yang mengatakan netizen lebih pentingkan konten untuk ‘viral’ sehingga berkongsikan rakaman yang diambil tanpa izin.
Zaman media sosial ini sebenarnya bahaya kan? Semua benda nak dirakam. Semua benda nak dikongsi untuk diviralkan. Paling bahaya, video yang diambil tanpa izin empunya badan.
Bukan itu saja, Abil turut meluahkan rasa kesalnya apabila rakaman tersebut dikongsikan sesuka hati oleh pihak tidak bertanggungjawab demi mendapatkan jumlah tontonan yang tinggi untuk menjana pendapatan sendiri.
Boleh mendatangkan fitnah & aib
Sementara itu, di bahagian kapsyen hantaran IGnya itu juga, Abil mengatakan bahawa rakaman yang diambil secara senyap tanpa izin berkemungkinan boleh mendatangkan fitnah ataupun mengaibkan seseorang.
Luahan Abil itu turut mendapat respon daripada rakan selebriti lain seperti Fatin Afeefa dan juga Mimi Fly yang bersetuju dengan pendapat pelakon filem Munafik itu.
Mereka semua hanya nak viral. Bila dah dapat followers (pengikut), mula ambil kerja paid review. Dapat pula daripada jual maruah dengan aib orang lain. Gila!
Kita sememangnya perlu belajar dari kesilapan, tapi bila orang lain sesuka hati melemparkan pendapat dan suara masing-masing tanpa kita minta, mental kita terganggu sampai susah untuk move on.
BACA: Cubaan cikgu ‘sakau’ duit BAP gagal, dah kantoi pun tak reti minta maaf..
Jatuh air mata rider Food Panda terima duit RM200 seorang lepas hantar Starbucks